Raline Publish time 25-11-2023 10:07 PM

EON buka pusat 3S pertama Smart

EON buka pusat 3S pertama Smart

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/Smart-2.jpg
Pusat 3S pertama Smart di Glenmarie.



SHAH ALAM – Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) membuka Pusat 3S pertama Smart di Malaysia.

Menurut Ketua Edaran Automotif DRB-Hicom, Akkbar Danial, pembukaan pusat 3S EON Smart Glenmarie menandakan kemasukan EON dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).

“Kami menjangka pusat 3S ini akan memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk model Smart #1.

“Ia juga akan memberi impak yang ketara kepada pasaran EV tempatan”, katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif EON.

EON yang merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad melabur hampir RM4 juta dalam EON Smart Glenmarie.

Pusat 3S itu dilengkapi dengan bilik pameran, ruang istirehat pelanggan, kafe, Wi-Fi percuma dan bilik kanak-kanak khusus.

Selain itu, kawasan perkhidmatan selepas jualan dengan empat ruang servis, termasuk dua untuk servis dan pembaikan, satu untuk servis voltan tinggi dan satu untuk penjajaran roda. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11/23/eon-buka-pusat-3s-pertama-smart/

Pages: [1]
View full version: EON buka pusat 3S pertama Smart


ADVERTISEMENT