tatod Publish time 25-11-2023 01:08 PM

Aktres Meninggal Dunia Gara-Gara Sedut Lemak Selepas Dua Bulan Bersalin

Seorang pelakon Indonesia iaitu Nanie Darham yang pernah membintangi filem Air Terjun Pengantin dilaporkan telah meninggal dunia pada 21 Oktober lalu.


Tak dinafikan, berita pemergian aktres yang cukup berbakat ini mengejutkan para peminat malah ramai tertanya-tanya apakah punca kematian Nanie. Selepas proses bedah siasat dijalankan, pihak berkuasa mengesahkan Allahyarhamah meninggal dunia adalah disebabkan kecuaian doktor ketika melakukan prosedur sedut lemak.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202311/25/130727b1oml5ez21amsm9q.png



Difahamkan, mangsa berada dalam keadaan sihat sebelum menjalani prosedur tersebut namun keadaan mangsa tidak stabil selepas lima minit operasi sedut lemak dijalankan. Susulan daripada itu, Allahyarhamah telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami komplikasi.


Bukan itu sahaja, telinga dan mulut Allahyarhamah turut mengeluarkan darah selain terdapat beberapa kesan luka pada tubuh badannya. Keadaan Allahyarhamah semakin membimbangkan sebelum pihak hospital mengesahkan Nanie meninggal dunia.


Menurut sumber, sebelum ini, Allahyarhamah pernah diberi jaminan bahawa prosedur tersebut selamat dilakukan meskipun dia baru melahirkan bayi dua bulan lalu. Berikutan apa yang berlaku, pihak keluarga menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang atas kecuaian yang berlaku.




Sumber: Oh Bulan

Buritan Publish time 25-11-2023 02:29 PM

Ninggal cam ni ok ke ekk.. kira time nak ubah ciptaaan tuhan le kan betul tak

amyfaha Publish time 25-11-2023 03:17 PM

Dia meninggal sedut lemak. Takde kena mengena dgn ubah ciptaan tuhan. Iols pun ade buat sedut lemak. Dan iols suggest daripada engkorang habiskan duit pergi esthetik buat procedore kurus yg bua g masa, baik uols terus gi buang lemak. Sekejap sahaja. Me all set dari berat badan 70kg ke 50kg. 30min je.

sambaldurian Publish time 25-11-2023 04:25 PM

amyfaha: Dia meninggal sedut lemak. Tak ...
Buat masa berpantang ke (within 3 mths), ke lepas berbulan2 lamanya. Yg aktres ni waktu berpantang mungkin luka dlm badan x kebah lg. (Xde experience so xtau lepas bersalin mmg kena jaga pantang ke x).

Miss_LoveLeen Publish time 25-11-2023 04:36 PM

amyfaha: Dia meninggal sedut lemak. Tak ... sakit tak? Apa nama procedure yg chuolss buat tu? Meolss tgk kat youtube cara doktor buat rasa seremm

any42 Publish time 25-11-2023 05:20 PM

dalaman badan mungkin x smbuh elok lg agknya kot. kesiannya baby xsmpat mmbesar kenal ibunya. salam takziah

shy79 Publish time 25-11-2023 06:07 PM

kan banyak kes sedut lemak ni yg mati tiba2..
dulu bini MP labuan pun sama..
kalo uols ingat lagi la

Kentot_Wangi Publish time 25-11-2023 06:26 PM

Mungkin dia bersalin czer.. And luka x baik lagi, dia pergi sedut lemak.

putu Publish time 25-11-2023 06:46 PM

amyfaha: Dia meninggal sedut lemak. Tak ...brp kos sedut lemak itu? Maintain slim ka? I nk jugakk..penat la joging. Hihi

cikkilata Publish time 26-11-2023 12:46 AM

amyfaha: Dia meninggal sedut lemak. Tak ...

Bape kali kena sedut nak turun 20kg tu? Cer citer details.. nak tahu jugak.. hihihiii

mama_cat Publish time 26-11-2023 10:17 AM

amyfaha replied at 25-11-2023 03:17 PM
Dia meninggal sedut lemak. Takde kena mengena dgn ubah ciptaan tuhan. Iols pun ade buat sedut lemak. ...

sis, berapa hantaran sedut lemak ni? details pliss

chinta89 Publish time 26-11-2023 10:23 AM

berpantang makan udah mampu badan kurus... takziah, kesian anaknya kecik lg

petpom Publish time 26-11-2023 11:22 AM

Harga sedut lemak. Ikut bahagian badan. Kalau kat peha rm9k. Senang.. kumpul duit n g sedut lemak. X yah minum teh/produk kurus yg boleh rosak kidney

petpom Publish time 26-11-2023 11:23 AM

cikkilata replied at 26-11-2023 12:46 AM
Bape kali kena sedut nak turun 20kg tu? Cer citer details.. nak tahu jugak.. hihihiii

Selalu sekali buat je. Cuma ada parut sikit. Sbb nak masuk jarum besar tu.

petpom Publish time 26-11-2023 11:23 AM

putu replied at 25-11-2023 06:46 PM
brp kos sedut lemak itu? Maintain slim ka? I nk jugakk..penat la joging. Hihi

Maintain slim kalau jaga. Kalau x jaga makan. Gemok semula la jawab nya

sue_liah Publish time 2-12-2023 11:09 AM

baru je beranak kot, bagi la badan sembuh dulu
kadang2 tak menyabar semua nak cepat cantik & slim tau la berduit

bitterchoc Publish time 2-12-2023 01:00 PM


Sedut lemak ni doktor kena rodok2 jugak lemak bawah kulit tu dengan alat tu. Errghhh seram.

Suchi Publish time 4-12-2023 07:12 AM

putu replied at 25-11-2023 06:46 PM
brp kos sedut lemak itu? Maintain slim ka? I nk jugakk..penat la joging. Hihi

Sedut lemak ni rasanya lebih tahan lama sbb sel lemak terus dibuang,
Sbb bila kita diet bagai kuruskan badan tu sel lemak cuma mengecut tp ada je dlm badan kalau tak jaga diet tu yg naik balik badan.
Nih apa yg iols penah baca laa

nw111 Publish time 4-12-2023 10:34 AM

amyfaha replied at 25-11-2023 03:17 PM
Dia meninggal sedut lemak. Takde kena mengena dgn ubah ciptaan tuhan. Iols pun ade buat sedut lemak. ...

Byknya lemak uols kena sedut..sampai 20kg lemak saja....ni lemak kat bahagian mana ni...perut ke?{:3_80:}

nw111 Publish time 4-12-2023 10:40 AM

bitterchoc replied at 2-12-2023 01:00 PM
Sedut lemak ni doktor kena rodok2 jugak lemak bawah kulit tu dengan alat tu. Errghhh seram.

Kwn i buat mastectomy sbb breast cancer, pastu on the same day doc terus buat breast reconstruction.. sheols citer mcm nilah procedurenya...doctor rodok lemak dr perut sheols, pastu tolak naik atas masuk dlm kulit breast yg dh kosong tu....elok cantik balik tetek sheols...kalau dr atas nmpk biasa je..mcm original breast...lps buat procedure tu sheols automatically jadi slim sbb perut dh tak buncit lagi..
Pages: [1] 2
View full version: Aktres Meninggal Dunia Gara-Gara Sedut Lemak Selepas Dua Bulan Bersalin


ADVERTISEMENT