mattzzx Publish time 25-11-2023 12:54 PM

Timang anak kedua, Paris Hilton pilih nama London

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/11/WhatsApp-Image-2023-11-25-at-12.19.01-PM.jpeg

LOS ANGELES : Selebriti terkemuka Hollywood, Paris Hilton, dan suaminya, Carter Reium, dilaporkan telah menimang cahaya mata kedua yang diberi nama London.

Menurut laporan media antarabangsa, bayi perempuan tersebut dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpangan sama seperti ketika pasangan ini mengumumkan kelahiran anak pertama mereka, Phoenix Barron, Januari lalu.

Pengumuman bahagia itu telah dibuat oleh Paris menerusi akaun Instagramnya dengan berkongsi sekeping gambar baju bayi perempuan berwarna merah jambu dengan kapsyen bertulis ‘syukur atas kelahiran cahaya mata perempuanku’.

Sebelum itu, Paris turut berkongsi satu hantaran video yang memaparkan dia bermain dengan putera sulungnya sambil bertanya adakah dia sudah bersedia menjadi seorang abang.

Malah, di ruangan kapsyen, Paris meluahkan rasa bahagia dan menganggap keluarga adalah harta yang paling berharga buatnya.

Dalam satu temu bual bersama media antarabangsa sebelum ini, Paris pernah memberitahu bahawa sekiranya dia dikurniakan cahaya mata perempuan, anak tersebut akan dinamakan sebagai London.

“Saya memilih nama itu kerana London adalah sebuah kota yang sangat saya sukai. Sebenarnya, saya sudah ada nama tersebut sejak 10 tahun yang lalu ketika saya menyimpan angan-angan untuk memiliki anak perempuan.

“Saya tidak teragak-agak untuk menamakannya sebagai London, sebuah nama yang sangat saya sukai,”katanya.

Paris dan Carter berkahwin pada November 2021 selepas dua tahun menjalin hubungan cinta.
https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2023/11/timang-anak-kedua-paris-hilton-pilih-nama-london/

Page88 Publish time 1-12-2023 10:37 PM

Celebrities always put despicable names for their children.
Pages: [1]
View full version: Timang anak kedua, Paris Hilton pilih nama London


ADVERTISEMENT