tari Publish time 25-11-2023 08:32 AM

Rayu dana untuk naik taraf NARSQBOT

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm271narsqbot_1700801247.jpg
PESERTA SMK Sri Gading meneliti robot 'NARSQBOT' ketika kejohanan di Kuala Lumpur, bulan lalu. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: "Kami perlukan dana untuk menaik taraf robot 'NARSQBOT'. Kami harap ada pihak sudi membantunya, "kata seorang guru, Nor Nasriq Dada Meah Md Rashid selepas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading layak ke Grand Final Kejohanan Robot Sumo Seluruh Jepun 2023, bulan depan.

SMK Sri Gading yang diwakili Muhammad Danish Nasriq, 13, dan Muhammad Luqman Norhakim Mohd Zam Zam, 13, adalah satu-satunya sekolah di Malaysia layak ke kejohanan terbesar di negara terbit matahari yang bermula pada 9 hingga 10 Disember ini di Tokyo.

Selain Malaysia, beberapa negara lain turut serta antaranya Argentina, Brazil, Amerika Syarikat, Mexico, Romania dan Thailand.

Menurut Nor Nasriq pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 untuk menaiktaraf NARSQBOT seperti membeli alat ganti dan sebagainya.

"Kejohanan semakin hampir dan kami sudah kesuntukan masa, jadi untuk mengelakkan kesulitan kelak, saya terpaksalah keluarkan duit sendiri dulu untuk membuat persiapan itu.

"Memang ada peruntukan daripada KPM (Kementerian Pendidikan) tapi hanya untuk tiket penerbangan, hotel, perbelanjaan makan tetapi untuk naik taraf robot, kita perlu mencari dana sendiri.

"Buat masa sekarang, saya gunakan kad kredit untuk memberi alat ganti seperti 'board', 'sensor', pisau dan sebagainya sementara menunggu sumbangan pihak lain," katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Nor Nasriq berkata, setiap robot akan menolak lawan masing-masing lain keluar dari gelanggang yang mana akan berlaku kerosakan pada robot terbabit dan perlu dibaiki.

"Dalam situasi ini, kami perlukan persediaan rapi untuk mengekalkan bentuk robot supaya lebih berdaya saing. Jika kita kekalkan bahagian tertentu, robot ini boleh digunakan pada bila-bila masa atau mana-mana kejohanan akan datang.

"Kami pun tak jangka dapat ke Jepun, kami menerima jemputan khas daripada skretariat di negara sana yang datang melihat kejohanan kami sertai di Kuala Lumpur, bulan lalu.

"Malaysia hanya disertai dua wakil termasuk SMK Sri Gading yang pertama kali menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa," katanya memaklumkan kos RM7,000 diperlukan untuk membina setiap robot.

sumber




Pages: [1]
View full version: Rayu dana untuk naik taraf NARSQBOT


ADVERTISEMENT