tatod Publish time 23-11-2023 09:20 PM

G-Dragon Bebas Tuduhan Dadah, Sekarang Nak Saman Penyebar Fitnah

Penyanyi G-Dragon bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya susulan dakwaan penyalahgunaan dadah sebelum ini.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, wakil peguam kepada G-Dragon atau Kwon Ji Yong menegaskan pihak mereka tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202311/23/212012c0snykyk3y5yfx59.png



Malah mereka juga melihat, penyebaran dakwaan menggunakan dadah terhadap G-Dragon adalah satu kenyataan fitnah yang telah menjejaskan imej penyanyi itu.


"Kami sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyiarkan cerita berniat jahat termasuk fitnah, penghinaan, gangguan seksual, penyebaran maklumat palsu dan fitnah jahat terhadap Kwon Ji Yong.


"Kami akan terus meminta pihak terbabit bertanggungjawab tanpa ada sebarang penyelesaian lain atau kelonggaran terhadap isu ini," jelas wakil peguam.


Dalam masa sama pihak mereka akan menjalankan siasatan menerusi pemantauan sendiri atau maklum balas peminat G-Dragon.


Bekas anggota kumpulan Big Bang itu sebelum ini dipanggil pihak polis bagi menjalankan siasatan selepas tular dakwaan dia mengambil barang terlarang.


G-Dragon memberi kerjasama baik sepajang siasatan dan pada 21 November hasil ujian makmal mendapat semua sampel yang diambil adalah negatif.




Sumber: mStar

zuuu Publish time 23-11-2023 10:31 PM

Biar betik???tu gambar gd ke org lain???dh kenapa gd dh serupa ahjussi instead of oppa???

swimswim Publish time 23-11-2023 10:43 PM

G-dragon sans make up mcm rupa abah2

fatim0050 Publish time 24-11-2023 02:03 PM

zuuu replied at 23-11-2023 10:31 PM
Biar betik???tu gambar gd ke org lain???dh kenapa gd dh serupa ahjussi instead of oppa???

gd la tu.haha. dekat ig tak ada gambar clear yang dia up. semua artistik ja. sayang la kalau gd tak terus buat lagu. talented betul dia ni

shernazz Publish time 24-11-2023 03:27 PM

Walau style ahjussi
Dia punya sengeh je menunjukkan dia g dragon
Hahaha

Page88 Publish time 1-12-2023 10:24 PM

This guy is a drug addict. Sue for what??? Seriously tho.
Pages: [1]
View full version: G-Dragon Bebas Tuduhan Dadah, Sekarang Nak Saman Penyebar Fitnah


ADVERTISEMENT