mattzzx Publish time 23-11-2023 06:19 PM

Ferrari Roma Spider dipamer di Malaysia

https://paultan.org/image/2023/11/Ferrari_Ital_Auto_Malaysia_Roma_Spider_Ext-1-BM-630x420.jpg

Selain mempertontonkan SUV Purosangue, model Roma Spider turut ditayangkan buat julung kalinya di negara ini sempena dengan pelancaran bilik pameran Ferrari Ital Auto Malaysia yang pertama di Four Season Places KL.

Roma Spider, pengganti bagi Portofino M, merupakan model soft-top enjin-hadapan pertama dari Ferrari. Walau pun dari segi spesifikasinya tidak jauh beza dari model Portofino M, namun Roma Spider telah dibuat beberapa perubahan termasuk bumbung yang kini digantikan dengan soft-top, sekaligus mengubah keadaan cermin hadapan, A-pillar dan juga seksyen belakangnya termasuk mengubahsuai cermin belakang yang disepadukan dengan soft-top yang membolehkannya dilipat masuk apabila penutup bumbung dibuka.

Selain itu, Roma Spider juga distrukturkan semula dengan fabrik khas baharu, dengan material dua-tona yang memiliki empat palet warna. Pelanggan juga boleh memilih fabrik dengan elemen kontras merah.

https://paultan.org/image/2023/11/Ferrari_Ital_Auto_Malaysia_Roma_Spider_Ext-3-BM-630x420.jpg

Ferrari juga berkata, bumbung soft-top dengan ciri akustik yang lebih selesa diperkenalkan dan ia boleh dibuka dalam tempoh 13.5 saat, pada kelajuan sehingga 60 km/j. Selain itu, bunyi rintangan angin dan juga getaran yang memasuki ruang kabin telah diminimakan, apabila pembuatannya menggunakan nolder (bentuk palang aerodinamik) bersaiz 5 mm ditempatkan pada rel atas cermin hadapan dan deflector (pengalir) angin baharu yang dipatenkan – disepadukan ke bahagian belakang dan boleh dilepaskan dengan menekan butang pada bahagian sentral. Ia menjadi solusi untuk menghasilkan aerodynamic ‘bubble’ serata kokpit apabila kereta sedang bergerak.

Hasil daripada bahagian belakang yang diolah semula, spoiler belakang yang diaktifkan secara elektrik daripada coupe telah diubah geometrinya, tetapi mengikut prinsip kerja yang sama. Digunakan secara automatik oleh motor elektrik berhubung dengan kelajuan dan pecutan membujur dan sisi (dan disambung kepada kedudukan manettino), unit ini menawarkan tiga kedudukan servis iaitu Low Drag, Medium Downforce dan High Downforce.

Seperti coupe, kedudukannya pada kelajuan rendah dikekalkan sehingga 100 km/j, pada ketika itu ia masuk ke mod MD, menawarkan sekitar 30% downforce maksimum dengan peningkatan seretan di bawah 1%. Pada tetapan HD, spoiler terletak pada sudut 135 darjah dan menghasilkan 95 kg downforce pada 250 km/j.

https://i1.wp.com/paultan.org/image/2023/11/Ferrari_Ital_Auto_Malaysia_Roma_Spider_Int-1-BM.jpg?w=417&h=278&ssl=1https://i1.wp.com/paultan.org/image/2023/11/Ferrari_Ital_Auto_Malaysia_Roma_Spider_Int-5-BM.jpg?w=205&h=137&ssl=1https://i1.wp.com/paultan.org/image/2023/11/Ferrari_Ital_Auto_Malaysia_Roma_Spider_Int-4-BM.jpg?w=205&h=137&ssl=1

Untuk bahagian kabinnya, Roma Spider diberikan konfigurasi dwi-kokpit yang menawarkan sel individual antara pemandu dan penumpang. Untuk ciri kelengkapannya, ia diberikan kluster instrumen digital 16-inci dan paparan sentral 8.4-inci orientasi-potret yang ditempatkan antara dua zon kokpit. Secara standard, sistem infotainmen menampilkan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Roda stereng gaya-Stradale masih dikekalkan, tetapi sedikit perubahan dibuat berkenaan dengan HMI – kawalan sentuhan pada roda stereng Roma Spider kini mempunyai idents (yang memaparkan imej visual pendek) untuk menawarkan identifikasi zon sentuhan pada jejari kiri dan leretan yang lebih baik di sebelah kanan.

Roma Spider ini masih menggunakan unit kuasa F154 3.9 liter pengecas turbo berkembar V8, sama seperti coupe, dengan versi BE yang menawarkan sehingga 620 PS dari 5,750 hingga 7,500 rpm dan tork 760 Nm antara 3,000 dan 5,750 rpm. Pacuannya disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi dwi-klac lapan-kelajuan, sama seperti SF90 Stradale.

https://i1.wp.com/paultan.org/image/2023/11/Ferrari_Ital_Auto_Malaysia_Roma_Spider_Int-11-BM.jpg?w=417&h=278&ssl=1https://i1.wp.com/paultan.org/image/2023/11/Ferrari_Ital_Auto_Malaysia_Roma_Spider_Int-12-BM.jpg?w=205&h=137&ssl=1https://i0.wp.com/paultan.org/image/2023/11/Ferrari_Ital_Auto_Malaysia_Roma_Spider_Int-13-BM.jpg?w=205&h=137&ssl=1

Walaupun ia lebih berat sebanyak 85 kg, dengan keseluruhan berat mencecah 1,556 kg, Roma Spider boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam 3.4 saat, juga sama seperti coupe. Cuma sedikit perlahan untuk 0-200 km/j iaitu 9.7 saat (9.3 saat untuk coupe), tetapi angka kelajuan tertinggi masih sama iaitu 320 km/j.

Untuk harganya, ia akan dijual pada harga bermula RM3.2 juta termasuk cukai import, jualan tetapi tanpa insurans dan cukai jalan. Pembeliannya di Malaysia turut diberikan waranti penyelenggara selama tujuh-tahun (berkala pada setiap 20,000 km atau setahun sekali tanpa mengira had perbatuan).

https://paultan.org/2023/11/22/ferrari-roma-spider-dipamer-di-malaysia-620-ps-760-nm-bumbung-soft-top-convertible-dari-rm3-2-juta/
Pages: [1]
View full version: Ferrari Roma Spider dipamer di Malaysia


ADVERTISEMENT