Raline Publish time 23-11-2023 01:49 PM

Kakitangan awam Johor dapat 2 bulan gaji

Kakitangan awam Johor dapat 2 bulan gaji

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bhonnhafiz_1700715144.jpg
ONN Hafiz.

Iskandar Puteri: Kerajaan Johor hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada kira-kira 13,400 orang penjawat awam dan penjawat awam Persekutuan yang dibayar gaji di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia sebagai menghargai jasa penjawat awam dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan.

"Alhamdulillah prestasi hasil Kerajaan Johor mencapai sasaran.

"Selain daripada membantu rakyat di luar sana, sebagai tanda penghargaan penjawat awam Johor, kita mengambil pendekatan untuk memberikan insentif berdasarkan pencapaian sebenar.

"Sehubungan itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 sebanyak dua

bulan gaji kepada kakitangan Kerajaan Johor dan kakitangan awam persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Johor.

"Semoga bantuan ini menjadi pembakar semangat dan pemangkin motivasi supaya penjawat awam terus berkhidmat dan berbakti dengan cemerlang serta sentiasa

memberikan yang terbaik kepada Bangsa Johor," katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2024, di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Tahun lalu, kerajaan negeri dilaporkan mengumumkan bantuan khas kewangan berbentuk sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam dan penjawat awam Persekutuan yang dibayar gaji di negeri itu.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1033241/kakitangan-awam-johor-dapat-2-bulan-gaji


Pages: [1]
View full version: Kakitangan awam Johor dapat 2 bulan gaji


ADVERTISEMENT