tatod Publish time 22-11-2023 08:48 PM

Mawar Rashid Diam Dan Matikan Panggilan Telefon Selepas Ditanya Dakwaan Cerai

Berita yang kononnya pelakon Mawar Rashid bakal bercerai dengan suaminya, Raf Yaakob mengejutkan ramai pihak apatah lagi pasangan itu kelihatan bahagia.


Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, ketika dihubungi mStar bagaimanapun hanya mendiamkan diri selepas diajukan soalan berkenaan dan mematikan panggilan telefon.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202311/22/204606u3fft30uivtvf8vs.png




Sebelum itu, media melaporkan Mawar dan suami iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob, 38, sepatutnya hadir ke mahkamah syariah pada Rabu.


"Sepatutnya mereka ke mahkamah hari ini, tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka," kata sumber berkenaan.


Sementara itu, abang ipar Mawar iaitu penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob enggan mengulas berkenaan dakwaan tersebut.


Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob, 45, meminta orang ramai memberikan ruang kepada pasangan tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202311/22/204743aol8ffza8e9y4f84.jpg



"Saya mohon maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri.


"Apa yang boleh saya cakap, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk Raf dan Mawar. Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan ini," jawabnya ringkas.


Kontroversi mendakwa Mawar dan Raf bakal bercerai tercetus apabila pelakon itu mengambil keputusan untuk membuka tudung.


Hasil semakan, Mawar juga dikatakan tidak lagi mengikuti Raf di Instagram baru-baru ini.


Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.




Sumber: mStar

Manusiabesa Publish time 22-11-2023 08:51 PM

Why aku nmpk fazley over. Over mcm fazelz#ahari. Jenis kepoci apa yg bkn urusan dia. I mean chep ni suka sgt ulas dan kupas benda2 yg not related to him. Not his business pown

aemon Publish time 22-11-2023 08:54 PM

Aik..punye la anje2 ujung2 cerai?

sharlenetexas Publish time 22-11-2023 08:56 PM

Ke sbb tak kaya sgt seperti yg disangkakan?

dudaberhias Publish time 22-11-2023 08:57 PM

gi mampos lah takde sape heran pun kalau bercerai...

bukannya herlok pun untuk kaka kisah...

drama je lebih... hujung2 keluar produk gampunk apa pulak entah...

{:8_651:}

sukacactus Publish time 22-11-2023 09:05 PM

Kejap je eh 6 tahun
Tgk adik pada misai kontot tu sesuatu sgt dl
Aura poyo memancar2

green~tea Publish time 22-11-2023 09:07 PM

Dia rasa dia cantik ke?? Hitam kedaung kelabu asap..


Tak yah laa acah2 retis femes, kau pun tibai unta je ;P

Mademoisellee Publish time 22-11-2023 09:12 PM

5 tahun pertama perkahwinan mmg akan diuji. Lagi2 bila dah beranak pinak. Mana nak handle anak, nak handle pasangan. Anak 1 pun dah kelam kabut kacau bilau inikan anak 3. Tapi tu la awal2 dulu beria masing2. Siap dilamar dalam rumah tak siap ;P sweet sengetttt kan kentut pun wangi. Iols expect 10-15 tahun la at least, ni 6 tahun sajorks

ira_sindarella Publish time 22-11-2023 09:21 PM

dulu kawan i, geng geng pompuan cantik yg byk berkawan ngan model dan retis,... Masa mawar kawin, dia dpt undangan pergi kenduri kat royal chulan.

Menari nari dekat ballroom.

Betapa bertuahnya tgk mawar time tu. Muda lg. Tp dpt laki bawak sport car. Kenduri kat hotel berbintang. Laki plk kemain anjer anjer anjer je memanjang.

Rupanya................... Jodoh tak panjang.

Mawar ni nmpk perempuan manja. Yg need help people surounding him. Maybe si raff dan sekeluarga,layan dia seperti pompuanberdikari macam bini Fazley. Tu yg jadi tak ngam.

I.K.A888990 Publish time 22-11-2023 09:24 PM

belum cerai la kan..
kang dah berdamai cube bersyukur jap mawar oiiii
org lain jauh lagi susah dr kau pun takde terpaling claim jiwa tak kuat la apa lah..

Masukkeluar Publish time 22-11-2023 09:24 PM

Mademoisellee replied at 22-11-2023 09:12 PM
5 tahun pertama perkahwinan mmg akan diuji. Lagi2 bila dah beranak pinak. Mana nak handle anak, nak...

aku pn expect lebih..sbb tgk over naw lovey dovey dlm ig. dgn si raf tu smua benda nk tnjuk kt ig. lgpn psgn ni umur byk gk beza so xrasa mcm ada konflik sgt sbb nmpk si mawar tu ikut je rentak si raf sampai branak 3. tp xsgka la berantakan smpai bini depress. kesian

becir Publish time 22-11-2023 09:34 PM

Nama anak berangan gila

:lol:

Madel Publish time 22-11-2023 10:03 PM

Depa ber2 ni adik beradik tiri kah?
Awat sorang nama ada Raden, sorg lagi tarak?

de_ikea Publish time 22-11-2023 10:04 PM

Muda lagi nak juga enjoi. Anak rapat2. Anak tiri lagi. Penat tu. Anje pun burn out

kepompong Publish time 22-11-2023 10:10 PM

aritu kat ci ada baca tajuk siapa paling cepat bercerai

kepompong Publish time 22-11-2023 10:11 PM

de_ikea replied at 22-11-2023 10:04 PM
Muda lagi nak juga enjoi. Anak rapat2. Anak tiri lagi. Penat tu. Anje pun burn out

tak jadik miera liyana nak beranak lagi lepas baca apa u tulis

Manusiabesa Publish time 22-11-2023 10:14 PM

becir replied at 22-11-2023 09:34 PM
Nama anak berangan gila

Anak2 aku letak nama nuh, hud, musa, fatimah, asiah jer kau...biau nama besher2 tp rupa omey drpd hmm. Sebaliknya.

rayna_raynes Publish time 22-11-2023 10:56 PM

Manusiabesa replied at 22-11-2023 08:51 PM
Why aku nmpk fazley over. Over mcm fazelz#ahari. Jenis kepoci apa yg bkn urusan dia. I mean chep ni...

Lah, dah adik dengan adik ipar dia. Bila reporter takleh cari dua ketul tu, org cari la dia. Bukan dia mengulas pasal rumah tangga org yg takde kaitan dengan dia pun.
Jawapan dia pun cukup diplomasi dah rasanya.


MisXoXo Publish time 22-11-2023 11:47 PM

Laki dia keje apa

babynina30 Publish time 22-11-2023 11:57 PM

I tringat ex wfie heols dlu update psl nfkoh ke apa
tpmawar ni sondol ke jd punca heols divorced dlu ?

Sbb bini normal, nmpk ok semua. Ank pon ada. Tibe serai n kawen gst bimbo
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Mawar Rashid Diam Dan Matikan Panggilan Telefon Selepas Ditanya Dakwaan Cerai


ADVERTISEMENT