CARI-MRO Publish time 21-11-2023 06:29 PM

Buka Pintu Bilik Nampak Bini Tengah Main Atas Katil Dengan Lelaki Lain

Seorang individu menceritakan semula kisah rumah tangga rakannya yang hancur disebabkan orang ketiga.


Menerusi perkongsian di Facebook, Tuan Amir Danau menceritakan rakannya itu berkahwin pada usia yang muda.


Rakannya itu seorang suami yang bertanggungjawab memandangkan dia sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik buat isterinya itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202311/21/182927z1pski11pms2p3w1.pngGambar Hiasan




"Hari tu aku ada kena pergi outstation. Sepatutnya kena ke Langkawi urusan kerja. 7 hari aku kena pergi. Pagi tu bini aku siap-siapkan aku, siapkan barang-barang aku untuk aku ke outstation.


"Dah siap tu, aku peluk bini aku ni erat-erat. Aku pesan, jaga diri. Sayu je muka isteri aku masa tu. Lepas salam-salam, aku pun keluar rumah."


Bagaimanapun 20 minit ketika dalam perjalanan menuju ke Kedah, lelaki ini menyedari beg kerjanya tertinggal di rumah.


Disebabkan itu, dia telah pulang semula ke rumah dan ketika itu, dia melihat isterinya sedang bermesra bersama seorang lelaki di atas katil.


"Aku buka pintu, nampak bini aku ada dengan jantan lain atas katil bro. Tengah sedap bermesra. Berpeluk-peluk bagai. Macam nak pecah jantung aku masa tu. Aku bagi salam, aku capai beg lepas tu aku bagi sepatah dua kata.


"Aku cakap ke dia, aku tak akan ceraikan dia dekat dalam rumah yang penuh cerita bahagia sepanjang aku hidup dengan dia ni. Aku capai beg aku, aku terus keluar pergi kerja."


Lelaki itu akui hatinya hancur namun akhirnya nekad menceraikan isteri dengan talak satu menerusi WhatsApp.


"Aku harap dia bahagia dengan lelaki tu. Lelaki yang berjaya buat isteri aku berani tipu aku sampai boleh buat maksiat atas katil aku. Aku tak mengamuk, aku tak hina pun dia, aku lepaskan dia dengan cukup terhormat. Pergilah dia bina bahagia dengan jantan tu." -CARI

Tinot7 Publish time 21-11-2023 06:30 PM

Awat masuk CI ni?

primarikey Publish time 21-11-2023 06:36 PM

Hasanah sgt

cranell Publish time 21-11-2023 06:57 PM

dalam 20 minit, pantas gila bini dia buat kerja

dio5774 Publish time 22-11-2023 01:00 AM

Mesti skandal dia barang power sebis padu {:8_650:}

prettyuglybabe Publish time 22-11-2023 10:07 AM

cerita hasanah pun ramai percaya..

KamikuP Publish time 22-11-2023 01:53 PM

Kat twitter gila ada group swinger malaysia.. mengucap panjang meolls tertengok huhuuh.. my eyess..

Bantalkuning Publish time 22-11-2023 11:14 PM

hasanah sangat ni 20 minit lepas tu bini buat kerja

3chanceno Publish time 23-11-2023 08:13 PM

Skandal bini dah siap2 tunggu laki keluar gi keje ke? Atau skandal tu 6 million $ man, boleh lari sepantas kilat nak sampai rumah gf{:1_515:}{:1_555:}

fezy Publish time 10-12-2023 03:11 PM

Bantalkuning: hasanah sangat ni 20 minit lepas tu bini buat kerja

patah balik 40 minit. kotttt la skandal tu mmg dah standby.
bini tu pulak jenis x menyabar jumpa skandal. x tunggu laki kompem sampai langkawi.

fifie_olin Publish time 11-12-2023 12:27 PM

agaknya baru warm up tu

Belibis Publish time 30-12-2023 10:37 AM

Mona gersang edisi sunat laser.dulu2 payah nak cari bahan bacaan gini.

IzzahF Publish time 4-1-2024 09:05 AM

aikk hasanah citer ni. kalau lelaki melayu paling2 tidak dah dah lumpuh bininya tu

Zack8hunter Publish time 6-1-2024 12:39 AM

takkan beredar mcm tu je? plg2 rekod dulu as bukti..lps tu pecahkn cermin kete jantan jongos tu..

gideoncross Publish time 11-2-2024 01:10 AM

KamikuP replied at 22-11-2023 01:53 PM
Kat twitter gila ada group swinger malaysia.. mengucap panjang meolls tertengok huhuuh.. my eyess..

Kat Undertable lagi banyak

KamikuP Publish time 11-3-2024 09:09 AM

Ada gambo? Kalau takde citer ni hasanah semata

epullipan Publish time 3-4-2024 09:13 AM

20 minit da terbaring atas katil?..mesti jantan tu da siap2 tunggu kat luar tu dah ready awal2
Pages: [1]
View full version: Buka Pintu Bilik Nampak Bini Tengah Main Atas Katil Dengan Lelaki Lain


ADVERTISEMENT