Raline Publish time 21-11-2023 01:08 PM

Salman Khan ‘tayang’ jam tangan RM1 juta

Salman Khan ‘tayang’ jam tangan RM1 juta
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/SALMAn-JAM-1-juta.jpg
SALMAN Khan memang terkenal dengan gaya hidup mewah.

GAYA hidup mewah aktor Salman Khan memang sentiasa menjadi perhatian peminat yang melihatnya sebagai idola.

Bintang filem Bajrangi Bhaijaan itu bukan hanya memiliki beberapa kediaman mewah, malah salah satu kenderaannya dianggarkan bernilai jutaan ringgit kerana ditempah khas dan kalis peluru.

Salman, 57, juga dilihat menggayakan jam tangan mewah Rolex Sky-Dweller Meteorite yang dianggarkan berharga hampir RM1 juta ketika menghadiri sambutan Deepavali di kediaman adiknya, Arpita Khan dan iparnya, Aayush Sharma di Mumbai.

Rata-rata peminat memuji keunikan koleksi khas bertatahkan berlian itu yang dikatakan memang kena dengan gaya maskulinnya.

Difahamkan, Salman juga memiliki beberapa utas jam tangan dari jenama sama termasuk hadiah daripada ahli keluarganya.

Bukan itu saja, pada sambutan hari jadinya dua tahun lalu Salman turut menerima hadiah mewah seperti jam tangan Chopard selain dua kereta iaitu BMW S 1000 RR dan Audi RS Q8.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11/21/salman-khan-tayang-jam-tangan-rm1-juta/

Page88 Publish time 1-12-2023 10:25 PM

This man is worth billions in secret.
Pages: [1]
View full version: Salman Khan ‘tayang’ jam tangan RM1 juta


ADVERTISEMENT