Raline Publish time 21-11-2023 01:07 PM

David Beckham ‘berparti’ di rumah Shah Rukh Khan

David Beckham ‘berparti’ di rumah Shah Rukh Khan
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/DAVID-BECKHAM-SHAH-RUKH-KHAN-e1700469223507.jpg
DAVID BECKHAM dan Shah Rukh Khan sememangnya bersahabat baik.



JUMAAT lalu menjadi hari istimewa buat keluarga aktor tersohor Shah Rukh Kan (SRK) apabila kediaman mewahnya di Mannat, Mumbai dikunjungi ikon bola sepak dunia, David Beckham.

Kedatangan Beckham menjadi simbolik persahabatan mereka dan merupakan lambang keakraban dua negara iaitu India dan England.

Sempena kunjungan suami Victoria Beckham itu di India, SRK menjadi tuan rumah untuk sebuah parti yang turut dihadiri selebriti elit Bollywood lain.

Antara yang memeriahkan acara adalah aktor Anil Kapoor dan anaknya Sonam, selain beberapa sahabat terdekat bintang filem Pathan itu seperti Maheep Kapoor, Sangeeta Bijlani dan Seema Sajdeh.

SRK dan isterinya, Gauri turut berkongsi momen bersejarah itu dalam Instagram mereka termasuk menzahirkan rasa gembira meraikan Beckham dan tetamu lain.

“Malam terakhir dengan seorang ikon dan seorang lelaki sejati. Saya amat mengagumi dan berpeluang bertemu dengannya serta melihat dia melayani anak-anak membuatkan saya sedar satu-satunya hal yang melebihi bola sepak adalah kebaikannya,” tulis bintang Jawan itu.

Dalam hantaran tersebut, SRK tidak ketinggalan berkongsi fotonya bersama idola ramai itu.

Beckham pula membalas kebaikan tuan rumah dengan berkongsi gambar mereka berdua dalam laman sosialnya selain mempelawa aktor tersebut dan keluarganya ke rumahnya kelak.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11/21/david-beckham-berparti-di-rumah-shah-rukh-khan/

Page88 Publish time 1-12-2023 10:53 PM

SRK holds damn good parties.
Pages: [1]
View full version: David Beckham ‘berparti’ di rumah Shah Rukh Khan


ADVERTISEMENT