mattzzx Publish time 21-11-2023 12:28 PM

Tiada kejadian remaja perempuan dilarikan di stesen minyak - Polis

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/polis_1700527167.jpg
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Pasir Gudang : Tiada kejadian individu melarikan seorang remaja perempuan di sebuah stesen minyak di sekitar Masai di sini, sebagaimana tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 2.30 petang semalam.

Bagaimanapun katanya, kira-kira 4 petang hari sama, remaja berusia 13 tahun itu selamat pulang ke rumah.

"Remaja terbabit memberitahu keluar bersama rakan sekolah yang dikenalinya.



"Polis mendapati kejadian melarikan remaja ini tidak berlaku, dan pemilik akaun juga mengambil tindakan memadam hantaran video itu pada hari sama.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat atau menularkan kejadian yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam hantaran video itu yang sudah dipadam, ia memaparkan sebuah kereta dikatakan mengambil remaja perempuan di sebuah stesen minyak.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1032289/tiada-kejadian-remaja-perempuan-dilarikan-di-stesen-minyak-polis
Pages: [1]
View full version: Tiada kejadian remaja perempuan dilarikan di stesen minyak - Polis


ADVERTISEMENT