mattzzx Publish time 21-11-2023 12:04 PM

Kangana Ranaut tolak obsesi cantikkan aset wanita

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/KANGANA-RANAUT-1.jpg
KANGANA RANAUT

DIKENALI sebagai aktres yang lantang bersuara mengenai isu semasa terutama berkaitan industri perfileman, Kangana Ranaut menempelak sebilangan selebriti wanita yang terlalu obses dengan pembedahan plastik.

Katanya, membesarkan ‘aset’ yang kononnya dikatakan dapat membantu seseorang pelakon wanita mudah mendapat tawaran lakonan sebagai perkara tidak benar.

“Gadis-gadis ini merasa ini adalah cara terbaik untuk menarik perhatian lelaki dan menjadi simbol seks.

“Tetapi mereka tidak menyedari bahawa tindakan tersebut boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan mereka,” luahnya dalam satu wawancara.

Malah, aktres berusia 36 tahun itu juga mengakui menentang habis-habisan trend pembedahan kecantikan biarpun sebelum ini dia pernah didakwa memasang implan payudara.
https://www.kosmo.com.my/2023/11/21/kangana-ranaut-tolak-obsesi-cantikkan-aset-wanita/

Page88 Publish time 1-12-2023 10:49 PM

Kangana Ranaut knows what she's talking about.
Pages: [1]
View full version: Kangana Ranaut tolak obsesi cantikkan aset wanita


ADVERTISEMENT