kruzaman Publish time 20-11-2023 01:00 PM

UMUR & TEKNOLOGI BERGERAK SEIRING...

Edited by kruzaman at 20-11-2023 01:01 PM



Ala buat apa nak belajar benda baru, bagi budak-budak muda sudahlah.

Pemasaran digital di internet ni sesuai untuk generasi baharu, orang lama macam kita ni dah tak sesuai untuk berinternet. Dah tua, tambah pula dah tak ada idea nak tulis, berniaga cara lama sudahlah.

Pagi buka kedai dan tunggu orang datang beli. Apabila tak ramai pengunjung, mengeluh panjang kerana jualan merosot. Itulah senario yang sering dilaporkan di media-media massa.

Dunia dah berubah, sekarang dengan teknologi orang membeli dari rumah sahaja, tak perlu bersesak dalam trafik jem semata-mata untuk ke kedai. Jimat masa, tenaga, wang dan segala-galanya, esok atau lusa barang yang dibeli sampai ke rumah.

Tanggapan sudah tua sebenarnya tak berapa tepat. Semakin berumur fikiran semakin cergas, semakin banyak pengalaman dan semakin banyak yang dipelajari.

Faktor umur bukan penyebab untuk anda tidak terus mencari ilmu baharu, sekalipun lautan biru dijadikan dakwat untuk menulis, airnya sampai bila-bila pun tidak akan kering.





rohayatimat Publish time 22-11-2023 10:24 AM

Orang muda pun kena belajar, ramai yang belajar dengan kawan-kawan, persoalannya dari mana kawan kita tu belajar. Senario hari ni ramai yang belajar dengan kawan atas kawan, dah berangkai jauh... Kalau kepala keretapi tu tergelincir dan jatuh gaung, gerabak2 pun ikut sama...

adila39 Publish time 22-11-2023 11:06 AM

saya kadang lupa umur saya berapa sebab saya tak pernah pikir pasal ni, cuma as age kita bertambah preferences kita akan mula berubah, minat dan penilaian kita juga akan berubah mengikur usia kita...so to me belajar is not an issue how old are u selagi mampu belajar and adapt new ilmu go ahead. I hope i will not be old forever.

kruzaman Publish time 22-11-2023 09:51 PM

Mentaliti orang kita hari ini, ambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh cara menggunakan platform sosial media untuk menyampaikan mesej. Ramai anak muda merasakan benda tu mudah bagi mereka. Hanya tulis, upload gambar & buat posting...akhirnya tak sampai ke matlamatnya. Ramai yang mengeluh, tak menjadi laaa buat posting di media sosial ni, tak ada respon pun. Sebenarnya buat posting di media sosial hanya langkah terakhir, banyak lagi yang perlu dipelajari sebelum itu bagi mencapai matlamat. Ilmu kena cari daripada mereka yang lebih pakar, tak salah keluarkan sedikit belanja untuk timba ilmu. Ia juga satu pelaburan jangka panjang...      
Pages: [1]
View full version: UMUR & TEKNOLOGI BERGERAK SEIRING...


ADVERTISEMENT