mattzzx Publish time 18-11-2023 12:21 PM

Piala Mirnawan 'kilang' lahirkan pemain berbakat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mirnawan222_1700205738.jpg
SUBAHAN (dua dari kiri) bergambar bersama trofi Piala Mirnawan yang akan berlangsung dari 18 sehingga 26 November ini di Stadium Hoki KPM Lembah Pantai. FOTO AMIR FAZLI ZULKAFLI

Kuala Lumpur: Kejohanan Piala Mirnawan 2023 yang membuka tirai esok menjadi platform terbaik melahirkan bakat baharu untuk diserapkan ke dalam skuad negara menghadapi kempen Piala Dunia Remaja pada masa akan datang.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, dua kategori dipertandingkan iaitu bawah 17 tahun lelaki dan wanita membabitkan pasukan dari dalam serta luar negara

"Kejohahan Piala Mirnawan bukan semata-mata merebut trofi namun lebih kepada pendedahan. Saya mahu mereka merasai bahang pertandingan antarabangsa.

"Kebanyakan pemain yang mewakili Malaysia dalam lingkungan 16 tahun memandangkan Piala Dunia remaja ketika ini berlangsung setiap dua tahun sekali, maka kami ada cukup masa untuk menggilap bakat mereka mewakili negara sama ada dalam masa dua tahun atau empat tahun dari sekarang, "katanya pada sidang media, hari ini.



Menurut Subahan, beliau berharap kejohanan Piala Mirnawan yang memasuki edisi kedua itu akan menjadi acara tahunan bagi memastikan pembangunan di peringkat umbi akan terus bergerak.

Kejohanan berkenaan akan berlangsung di Stadium Hoki KPM Lembah Pantai dengan menampilkan lima pasukan lelaki serta enam pasukan untuk saingan wanita.

Untuk kategori lelaki, Malaysia akan menghantar dua pasukan iaitu Malaysia Speedy Tigers (A) dan Malaysia Speedy Tigers (B) yang bakal berentap dengan Afrika Selatan, Persatuan Hoki Odisha dari India serta Australia All Star.

Sementara kategori wanita pula menyaksikan persaingan di antara Malaysia Speedy Tigress (A), Malaysia Speedy Tigress (B), Afrika Selatan, Persatuan Hoki Odisha dari India, Australia All Star dan Jepun.

https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/2023/11/1031137/piala-mirnawan-kilang-lahirkan-pemain-berbakat
Pages: [1]
View full version: Piala Mirnawan 'kilang' lahirkan pemain berbakat


ADVERTISEMENT