mattzzx Publish time 16-11-2023 10:57 AM

Messi cergas untuk diturunkan menentang Uruguay

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-WC-2026-SAMERICA-QUALIFIERS-ARG-TRAINING_1700100231.jpg
SCALONI tak sabar berdepan Uruguay. -FOTO AFP

Buenos Aires: Lionel Messi akan cergas untuk diturunkan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Argentina menentang Uruguay serta Brazil biarpun berdepan kekurangan masa permainan, kata jurulatih Lionel Scaloni.

Pasukan Messi, Inter Miami tersingkir sebelum aksi playoff MLS dan dia tidak beraksi selama hampir sebulan pada pertengahan musim.

"Messi baik, dia bermain dengan baik. Walaupun dia bermain satu perlawanan dalam tempoh 25 hari lalu, dia berlatih seperti biasa, dia cergas dan bagus," kata Scaloni pada sidang akhbar.

Argentina berdepan Uruguay esok sebelum menentang Brazil Selasa depan.


Pemenang lapan kali Ballon d'Or, Messi bermain perlawanan terakhirnya dengan Inter Miami pada 21 Oktober dengan pasukan itu gagal mara ke playoff MLS selepas memenangi Piala Liga pada Ogos.

Jaringan Messi memberikan Argentina kemenangan 2-0 ke atas Peru bulan lalu.

Scaloni tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila turun menentang bekas jurulatih Argentina, Marcelo Bielsa, yang kini mengendalikan Uruguay.

"Kami semua yang pernah bersama-sama (sebagai jurulatih) akan merasainya. Ia satu kepuasan apabila dapat bersemuka dan bertegur sapa dengannya," katanya.

Argentina berada di tangga teratas kumpulan kelayakan Amerika Selatan dengan 12 mata selepas empat kemenangan daripada empat perlawanan. Uruguay di tempat kedua dengan tujuh mata berkongsi mata dengan Brazil di tempat ketiga dan Venezuela di tempat keempat.

"Pasukan ini sudah pun menunjukkan bahawa ia mampu menentang mana-mana lawan. Kami akan bangkit ke tahap itu, kami bersedia untuk bersaing," tambahnya.​

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2023/11/1030697/messi-cergas-untuk-diturunkan-menentang-uruguay
Pages: [1]
View full version: Messi cergas untuk diturunkan menentang Uruguay


ADVERTISEMENT