Raline Publish time 15-11-2023 08:40 PM

Prestasi ekonomi suku ketiga mungkin lebih baik - Rafizi

Prestasi ekonomi suku ketiga mungkin lebih baik - Rafizi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm1511xii_1700034277.jpg
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. - FOTO NSTP


Kuala Lumpur: Kementerian Ekonomi menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga yang akan diumumkan Jumaat ini adalah lebih baik daripada suku sebelumnya.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya juga menjangkakan ekonomi negara pada suku ketiga akan merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun di sebalik keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.

"Malah apa yang lebih penting ialah negara akan mencatatkan pertumbuhan suku ke suku untuk kali ketiga berturut-turut yang tidak pernah terjadi sepanjang tiga hingga empat tahun lalu.

"Sepanjang tempoh itu, ekonomi kita berkembang pada suku pertama, suku kedua, namun pada suku ketiga kembali jatuh.

"Jadi saya optimistik bahawa (suku ketiga) akan lebih baik daripada suku kedua dan apa yang lebih penting dengan pertumbuhan suku ke suku buat kali ketiga berturut-turut bermaksud yang kita menunjukkan momentum lebih baik, terutamanya apabila ekonomi global dijangka lebih baik pada 2024 menuju ke tahun 2025," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Kempen Penyegar Dahaga RM1 oleh Atlas Vending Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn Bhd, Santharuban Thurai Sundaram.

Perangkaan bagi KDNK suku ketiga 2023 akan diumumkan bersama Jumaat ini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Bulan lalu, DOSM menerbitkan anggaran KDNK awalan suku tahunan dengan jangkaan ekonomi Malaysia akan berkembang 3.3 peratus pada suku ketiga 2023.

Sementara itu, penganalisis menjangkakan ekonomi suku ketiga akan berkembang sederhana sekitar 3.0 peratus di tengah-tengah permintaan luaran yang perlahan, selepas merekodkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku pertama dan 2.9 peratus pada suku kedua.

Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata permintaan luaran dilihat masih perlahan berikutan kelembapan ekonomi global dengan situasi kecairan yang berkurangan susulan kenaikan kadar faedah yang drastik di negara maju.

Selain itu, katanya, situasi ekonomi China yang masih tidak menentu berikutan kelembapan dalam pasaran hartanah yang memberi kesan kepada momentum pertumbuhan.

"Justeru, permintaan domestik dijangka menjadi tunjang pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku ketiga," katanya.

Mohd Afzanizam berkata, pasaran buruh yang semakin baik berikutan kemerosotan dalam kadar pengangguran mencerminkan kestabilan pendapatan dalam kalangan pekerja, sekali gus bakal menyokong kepada pertumbuhan perbelanjaan swasta.

"Pelaksanaan projek infrastruktur seperti Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lebuhraya Pan Borneo pula bakal merancakkan sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan," katanya.

Sementara itu, TA Securities dalam satu nota penyelidika berkata, perangkaan ekonomi terkini memberi petunjuk KDNK benar pada suku ketiga 2023 akan berkembang pada kadar yang lebih sederhana daripada dijangkakan.

Ia berkata, petunjuk suku tahunan terkini menunjukkan Indeks Volum Perkhidmatan berkembang pada kadar sederhana 4.4 peratus pada suku ketiga 2023 berbanding 4.6 peratus pada suku kedua 2023.

Katanya, ia memberi petunjuk bahawa pengembangan dalam sektor perkhidmatan boleh menjadi perlahan daripada jangkaan memandangkan pertumbuhan dalam kebanyakan sub-segmen berkurangan berbanding suku kedua 2023.

"Selaras dengan anggaran kami sebelum ini, sebahagian besar data ekonomi yang diumumkan telah memberikan beberapa petunjuk bahawa KDNK benar suku ketiga 2023 boleh berkembang pada kadar yang lebih sederhana.

"Secara ketara, trajektori ini berpotensi menyimpang daripada unjuran awal kami, condong ke bawah paras jangkaan awal kami sebanyak 3.5 peratus, kemungkinan kepada sekitar 2.9 peratus, kadar yang sama yang dilihat pada suku kedua 2023," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/11/1030475/prestasi-ekonomi-suku-ketiga-mungkin-lebih-baik-rafizi

Pantheratrade Publish time 27-1-2024 02:09 AM

observasi lanjutan masih perlu dilakukan untuk suku ketiga sampai rencana menjadi realisasi sesuai jadual

cakarputih Publish time 30-1-2024 01:35 PM

terbaik, progress dan peningkatan walau sedikit demi sedikit adalah tanda kemajuan dan pengembangan yang bersifat produktif
Pages: [1]
View full version: Prestasi ekonomi suku ketiga mungkin lebih baik - Rafizi


ADVERTISEMENT