mattzzx Publish time 15-11-2023 01:13 PM

Djokovic kecundang di tangan Sinner

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TENNIS-ATPFINALS__1700012895.jpg
SINNER puas selepas menewaskan Djokovic. -FOTO Reuters

Turin, Itali: Jannik Sinner muncul pemain pertama Itali mara ke suku akhir ATP Final selepas melakarkan kemenangan dalam perlawanan penuh mendebarkan mengatasi Novak Djokovic 7-5, 6-7 (5/7), 7-6 (7/2) .

Pemain nombor empat dunia, Sinner melakarkan kemenangan straight set di hadapan penyokong tuan rumah yang hadir memberi sokongan padu di Turin menentang Djokovic dan kemenangan itu menjamin tempatnya sebagai wakil dari Kumpulan Hijau dengan baki satu perlawanan.

Persembahan hebat dari pemain berusia 22 tahun itu memberikannya kemenangan pertama dari empat pertemuan ke atas Djokovic yang berusaha untuk menang buat kali ketujuh di kejohanan akhir tahun itu.

"Ia amat bermakna bagi saya," kata Sinner di dalam gelanggang.



"Apabila anda menang menentang pemain nombor satu dunia yang memenangi 24 Grand Slam, ia jelas sesuatu yang istimewa."

Peminat memberi sorakan padu kepada Sinner, melaungkan namanya sebaik sahaja dia meraih kemenangan dalam perlawanan yang berlangsung selama tiga jam di Pala Alpitour.

Sinner melalui tahun terbaik dalam kariernya, memenangi empat gelaran musim ini termasuk di Masters 1000 di Toronto dan dilihat berada di prestasi terbaiknya di Itali.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/11/1030366/djokovic-kecundang-di-tangan-sinner
Pages: [1]
View full version: Djokovic kecundang di tangan Sinner


ADVERTISEMENT