Jim Ratcliffe minat ikat Ronny Bardghji
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/MAN-U.jpgBARDGHJI (tengah) menjadi antara pemain muda yang sedang meningkat naik di pentas Eropah ketika ini bersama Copenhagen. – AFP
MANCHESTER – Bakal pemilik saham Manchester United, Sir Jim Ratcliffe dilaporkan sedang mempertimbangkan potensi perpindahan pemain muda berbakat FC Copenhagen, Roony Bardghji.
Pemain berusia 18 tahun itu menjadi ‘duri dalam daging’ buat United ketika mereka menanggung kekalahan 3-4 pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Parken pertengahan minggi lalu.
Pemain muda tersebut bukan sahaja menjadi buruan United, namun beberapa kelab dari Jerman, Perancis dan Sepanyol juga dikatakan sedang memantau secara dekat perkembangan pemain tengah Sweden bawah 21 tahun itu.
Selain itu, beberapa pasukan dari Liga Perdana Inggeris, Chelsea, Crystal Palace dan Newcastle United juga memasukkan nama Bardghji ke dalam senarai pemain yang mungkin akan diburu.
Bradghji berjaya meledak 11 gol dalam 24 perlawanan sejak musim lalu dianggarkan bernilai sekitar £7.3 juta (RM42.21 juta), namun sebaik usiannya genap 18 tahun, dia bakal menerima kontrak baharu dengan nilai yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, Copenhagen dipercayai akan menolak sebarang tawaran yang hadir pada jendela perpindahan Januari nanti untuk melepaskan Bardghji terutama jika mereka layak ke saingan pusingan kalah mati Liga Juara-Juara. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11/15/jim-ratcliffe-minat-ikat-ronny-bardghji/
Pages:
[1]