mattzzx Publish time 13-11-2023 04:21 PM

Curi seluar untuk pakai waktu kerja, peniaga dipenjara

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1113rscuri_1699860985.jpg
Muhammad Asyraf dipenjara dua bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret kerana mencuri dua helai seluar. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: "Saya curi seluar sebab nak pakai waktu kerja. Gaji saya tak menentu," kata peniaga makanan, Muhammad Asyraf Hussin, ketika ditanya mengapa dia mencuri seluar di sebuah pasar raya di Taman Flora Utama, di sini, Selasa lalu.

Muhammad Asyraf, 28, sebelum itu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, sebelum dia membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Tertuduh yang masih bujang didakwa mencuri dua helai seluar bernilai RM99.80 di sebuah pasar raya namun perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Perbuatan itu dilakukan jam 9.20 malam, 7 November lalu, dan dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.



Bagi kesalahan itu, dia boleh dipenjara 10 tahun dan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala Muhammad Asyraf, diwakili Kamarul Arifin Nordin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Kamarul Arifin sebelum itu memohon mahkamah menjatuhi hukuman paling ringan memandangkan anak guamnya sudah insaf dan perlu menanggung kedua ibu bapanya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah dan meminta mahkamah menjatuhi hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman penjara sebulan bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 8 November lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1029878/curi-seluar-untuk-pakai-waktu-kerja-peniaga-dipenjara
Pages: [1]
View full version: Curi seluar untuk pakai waktu kerja, peniaga dipenjara


ADVERTISEMENT