mattzzx Publish time 13-11-2023 01:20 PM

Taylor Swift keluar peringatan, peminat dilarang baling barang ke arah pentas


https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/11/Taylor-Swift1.webp

NEW YORK: Bintang antarabangsa, Taylor Swift, 33, tampil memberi peringatan kepada peminatnya agar tidak melontar sebarang objek termasuk hadiah ketika penyanyi itu beraksi di atas pentas.

Swift yang berkongsi nasihat tersebut semasa konsert jelajahnya di Buenos Aires baru-baru ini mengingatkan bahawa tindakan itu hanya akan mendatangkan risiko keselamatan bukan sahaja kepada dirinya, malah individu lain.

“Tindakan anda yang membaling objek ke arah pentas benar-benar menakutkan saya.

“Objek berkenaan boleh mendatangkan bahaya kepada penari sekiranya mereka memijaknya.

“Saya sayangkan anda yang membawa hadiah, tapi tolong jangan baling ke atas pentas. Saya sayangkan anda,” tulisnya.

Tindakan membaling objek ke arah pentas dilihat sebagai budaya yang semakin kerap dilakukan peminat sehingga mendatangkan kerisauan dan kemarahan ramai selebriti antarabangsa.

Antara yang pernah menjadi mangsa adalah penyanyi Bebe Rexha, Pink, Kid Cudi, Steve Lacy, Kelsea Bellarini dan ramai lagi.

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/taylor-swift-keluar-peringatan-peminat-dilarang-baling-barang-ke-arah-pentas/

Page88 Publish time 1-12-2023 11:00 PM

Only stupid people throw things at celebrities.
Pages: [1]
View full version: Taylor Swift keluar peringatan, peminat dilarang baling barang ke arah pentas


ADVERTISEMENT