mattzzx Publish time 13-11-2023 12:59 PM

Emma Watson ketagih belajar

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/EMMA-WATSON.jpg
EMMA WATSON

PELAKON Emma Watson boleh dikatakan sebagai antara selebriti Hollywood yang masuk kategori pintar.

Pelakon yang kini sedang menyambung pelajaran dalam jurusan Penulisan Kreatif di Universiti Oxford, England itu, baru-baru ini mendedahkan ketagihan pelik yang dimilikinya.

Watson mengakui amat ketagih untuk menyambung pelajaran, walaupun dia telah memiliki beberapa ijazah dari beberapa buah universiti dalam jurusan berbeza.

“Saya ketagih belajar. Selepas menamatkan pengajian, saya tidak tenang dan akan menyambung pelajaran dalam jurusan berbeza,” ujarnya yang sebelum ini pernah menamatkan pengajian di Brown University, Rhode Island, Amerika Syarikat.

Biarpun penat, pelakon berusia 33 tahun itu gembira dapat kembali ke dewan kuliah dan mengikuti pengajian sama seperti pelajar universiti yang lain.

“Belajar membuatkan saya lebih tenang. Walaupun penat, namun saya gembira dengan menimba ilmu,” ungkap pelakon yang terkenal dengan francais, Harry Potter itu.

https://www.kosmo.com.my/2023/11/13/emma-watson-ketagih-belajar/

gerbera.memopad Publish time 13-11-2023 09:03 PM

Kalau money is no object, aku pun nak sambung belajar. All over the world lagi. Berangan je la mampu tapinya :lol:

delia3003 Publish time 13-11-2023 10:33 PM

gerbera.memopad replied at 13-11-2023 09:03 PM
Kalau money is no object, aku pun nak sambung belajar. All over the world lagi. Berangan je la mampu ...

Dia dah boleh goyang kaki hasil berlakon HP. Dah lama jugak berehat dari berlakon, dari tahun 2019 lagi. Nak kawen pun boyfriend asyik bersilihganti.

glumpry_12 Publish time 14-11-2023 09:56 AM

Edited by glumpry_12 at 14-11-2023 09:57 AM

@mattzzxdoodle jump
Dia dah boleh goyang kaki hasil berlakon HP. Dah lama jugak berehat dari berlakon, dari tahun 2019 lagi. Nak kawen pun boyfriend asyik bersilihganti.



mattzzx Publish time 14-11-2023 04:15 PM

glumpry_12 replied at 14-11-2023 09:56 AM
@mattzzxdoodle jump
Dia dah boleh goyang kaki hasil berlakon HP. Dah lama jugak berehat dari berlako ...

duit dah banyak, dah glamer

dengan belajar itu untuk kepuasan diri dia sendiri


takayama Publish time 14-11-2023 06:28 PM

Dia xde masaalah financial jd nk isi masa lapang makanya dia pun sambung beljr, okaylah tu Dr x buat apa2

apedehal Publish time 16-11-2023 12:47 PM

Betul2 hermione ni

Page88 Publish time 1-12-2023 10:48 PM

Emma Watson is so classy.

Page88 Publish time 1-12-2023 10:48 PM

apedehal replied at 16-11-2023 12:47 PM
Betul2 hermione ni

Way too true????????????❤❤❤.
Pages: [1]
View full version: Emma Watson ketagih belajar


ADVERTISEMENT