pengecattaik Publish time 13-11-2023 10:54 AM

Perjalanan mimpi yang ke...laut

Edited by pengecattaik at 2-12-2023 11:16 AM



Perjalanan mimpi yang... ke laut? Dah nak masuk sebulan ramalan Armageddon bagai takde satu nuclear pun meletop. Yg meletop mungkin bontot dia lah kot.. kuat kentot! ;P

------------------------------------------

Beliau juga turut mendakwa bermimpi diperlihatkan dengan bermacam-macam kejadian di syurga dan neraka serta kejadian akhir zaman yang bakal berlaku, dan mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga yang bermula di Sabah serta memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Naratif akhir zaman

Salah satu faktor yang digunakan oleh ajaran Sittah Annur dan ajaran sesat lain untuk menarik minat pengikut mereka adalah dengan menggunakan imej peristiwa-peristiwa akhir zaman.

Gambaran huru-hara dan momokan ketakutan akhir zaman dijadikan modal bagi meraih sokongan pengikut terhadap ajaran mereka. Ini berlaku sama ada mereka mendakwa sebagai wakil Tuhan, keturunan Imam Mahdi, wakil Imam Mahdi, keturunan bani Tamim dan sebagainya.

Mereka cenderung untuk berbicara hal-hal ghaib akhir zaman yang kononnya mendapat alamat atau petanda-petanda berlaku kiamat langsung daripada Allah SWT dan Nabi SAW serta menyeru kepada pengikut mereka untuk bergantung harap dan berkorban harta, jiwa dan raga kepada ketua.

Mimpi bukan dalil syarak

Islam tidak pernah menolak adanya mimpi iaitu suatu peristiwa yang dialami ketika tidur. Mimpi juga dapat dibahagikan kepada mimpi baik dan mimpi buruk. Selain itu, mimpi juga dikatakan sebagai sebahagian empat puluh enam bahagian daripada kenabian.

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

“Apabila telah datang waktunya (kiamat), hampir tidak ada mimpi seorang mukmin yang dusta. Dan mimpi seorang mukmin itu satu daripada empat puluh enam bahagian daripada kenabian.” (Muttafaqun ‘alaih – HR Bukhari, No. 7017 dan Muslim, No. 2263)

Namun begitu, sering kali mimpi dijadikan sebagai hujah dalam menaikkan tokoh-tokoh ajaran sesat dan ajaran yang dibawanya. Hadis di atas sering dijadikan dalil ampuh untuk mendakwa bahawa mimpi mereka benar dan ajaran yang dibawa mendapat perkenan tokoh-tokoh tertentu dalam mimpi.

Ini ditambah pula dengan dakwaan bahwa Nabi SAW datang dalam mimpi mereka bagi membuktikan kesahihan ajaran yang mereka bawa.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut mendakwa bahawa mereka dapat bertemu dan berhubung dengan Nabi SAW secara jaga (yaqazah) dan memberikan bermacam-macam amalan dan amanat yang akan disampaikan kepada pengikut mereka.

Ini bukan sahaja terjadi kepada ajaran-ajaran sesat terdahulu seperti Al-Arqam yang pernah dipimpin oleh Ashaari Muhammad tetapi ini juga terpalit pada ajaran sesat terkini seperti yang yang dibawa oleh Sittah Annur iaitu Perjalanan Mimpi Yang Terakhir.

Imam Syatibi (wafat 790H) dalam kitabnya Al-I’tisam menyebut bahawa:

“Selemah-lemah hujah mereka (ahli bid’ah) ialah puak yang dalam mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut.”

Banteras hadis palsu, cerita khurafat, tahyul

Disiplin ketat dalam menyaring hadis-hadis palsu dan cerita tahyul serta khurafat sangat penting dalam membendung penularan ajaran sesat. Ini ditambah pula dengan waqi’ (realiti) Tanah Melayu yang masih kuat berpegang dengan adat tradisi yang berkait rapat dengan kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib.

Memang menjadi satu cabaran yang besar buat para asatizah kita dalam mengeluarkan cara fikir dan kepercayaan nenek moyang orang Melayu kepada beragama yang tulen yang berpandukan hadis dan al-Quran.

Kelemahan dan sikap playsafe para penguasa agama dalam membasmi kepercayaan purba dan adat istiadat yang bertentangan dengan Islam masih lagi dapat dilihat apabila masyarakat Melayu Islam menjadikan bomoh atau pawang sebagai rujukan dalam masalah kehidupan mereka. Ini termasuklah dalam soal jodoh, zuriat, rumah tangga, perniagaan malah dalam hal-hal kesihatan.

Adat tradisi yang bertentangan ini juga semakin sukar dibendung apabila ada para asatizah yang cenderung mempertahankan adat tradisi ini dengan hujah-hujah palsu dan tidak berkaitan serta beralasan ini amalan nenek moyang yang perlu dipertahankan .

Dari sinilah Islam sangat ketat dalam menolak hadis-hadis palsu dan cerita tahyul dan khurafat yang bertentangan dengan al-Quran, sunnah dan logik akal manusia.

Kelompongan dalam membiarkan perkara ini berlakulah yang menyebabkan ajaran sesat mengelabui mata para pengikutnya lantaran ajaran sesat ini bercampur aduk antara yang benar dengan yang salah.

Beragama dengan akidah yang sihat

Islam datang dengan membawa hujah dan dalil. Ibadah adalah milik Allah SWT dan bukannya rekaan manusia yang diperolehi daripada mimpi. Maka, Allah SWT telah menjadikan setiap apa yang disyariatkan dalam agama dengan dalil dan hujah.

Siapa sahaja yang bermimpi kononnya berjumpa Nabi SAW dalam mimpinya dan mendapat ajaran baharu, ketahuilah bahawa beliau adalah pendusta besar dan tidak boleh dipercayai percakapannya.

Setiap amalan agama yang kita lakukan perlulah hujah dan dalil yang sahih serta mengikut petunjuk Nabi SAW. Tidak cukup amalan tersebut hanya semata-mata baik tetapi jikalau tiada petunjuk daripada ajaran Nabi SAW, maka ia tertolak.

Allah SWT telah mengingatkan kita dalam Surah al-Hasyr ayat 7 yang berbunyi:

“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya, dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya).”

Hanya pada Allah SWT kita memohon agar sentiasa dikekalkan hidayah, ditunjukkan jalan yang benar dan diberikan kelapangan hati dalam mengikuti sunnah Nabi SAW hingga akhir hayat, insya-Allah.



Khyrul Hycal Hadi
Aktivis IKRAM MUDA Sabah
Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM.

https://ikram.org.my/pmyt/



pengecattaik Publish time 14-11-2023 02:20 AM

Patut lah dah senyap… sesi live{:1_555:}

Tumpang-Sibok Publish time 13-11-2023 03:06 PM

sejak tahun 60an lagi ore kito dimomok jaja kisah akhir zamn ni.. sbb tu melayu ramai mundur hidup segan matey x mau…berpelok tubuh berserah tunggu bencana..so sad!

sharlenetexas Publish time 13-11-2023 03:13 PM

Baba vanga versi melayu
Kelaut


sharlenetexas Publish time 13-11-2023 03:14 PM

Tumpang-Sibok replied at 13-11-2023 03:06 PM
sejak tahun 60an lagi ore kito dimomok jaja kisah akhir zamn ni.. sbb tu melayu ramai mundur hidup s ...

Bekerja keraslah + smart seolah2 kau akan hidup seribu tahun lagi.

slavehunter Publish time 13-11-2023 03:45 PM

Bila nak armageddon nye? Dunia rosak kerana tangan2 manusia juga dan Allah swt sahaja yang akan menghapuskan manusia seperti umat terdahulu.

dani-rox Publish time 13-11-2023 05:56 PM

armagendut :lol:

airfilterkotor Publish time 13-11-2023 06:03 PM

Adat tradisi yang bertentangan ini juga semakin sukar dibendung apabila ada para asatizah yang cenderung mempertahankan adat tradisi ini dengan hujah-hujah palsu dan tidak berkaitan serta beralasan ini amalan nenek moyang yang perlu dipertahankan .

Quran ada beri peringatan pasal mende ni.
Kalu tegur kang, terus auto-wahabi.

sharlenetexas Publish time 13-11-2023 06:09 PM

Edited by sharlenetexas at 13-11-2023 06:10 PM

dani-rox replied at 13-11-2023 05:56 PM
armagendut

Murahguru tandoori payat.

sharlenetexas Publish time 13-11-2023 06:15 PM

Murahguru dia twist cite filem armageddon jadi ammagendut.


dani-rox Publish time 13-11-2023 06:22 PM

sharlenetexas replied at 13-11-2023 06:09 PM
Murahguru tandoori payat.

kaaann... :lol: pastu dia ada jurassic porahh :lol:

JohnDeSouza Publish time 13-11-2023 09:48 PM

dani-rox replied at 13-11-2023 06:22 PM
kaaann...pastu dia ada jurassic porahh

erkkk jurassci portk xdo ka?

sharlenetexas Publish time 13-11-2023 10:14 PM

dani-rox replied at 13-11-2023 06:22 PM
kaaann...pastu dia ada jurassic porahh

Con air tu jadi aircon kot :lol:

kakikuDibibirmu Publish time 13-11-2023 10:23 PM

PMYT Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis {:1_555:}{:1_563:}{:1_530:};P:lol::D:2lol:{:mllaugh:}{:mlhehe:}{:mlwa:}{:mlwa2:}{:mlhunhun:}{:mlbigsmile:}{:mlkekeke:}{:laugho{:smileo

NQsgFcGX-cE

Kak-Rohana Publish time 13-11-2023 11:56 PM

“Selemah-lemah hujah mereka (ahli bid’ah) ialah puak yang dalam mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut.”


Acik porem pun ada....termakan ceriter mimpi org lain walau pun dah nak masuk 50an

{:gif_deepika:}




ninja boy Publish time 14-11-2023 01:01 AM

Lambat laun Alquran diangkat pergi
Manusia membaca Alquran spt nyanyi2 lagu korea apa barang isi kandung semua tarak paham
Hanyalah baca cepat2 kasi khatam 1 juzuk sehari sebulan dah khatam
Kemudian baca berlagu baru nampak macam ustazah ustazah musabaqah
Apa barang semua tarak faham
Alquran diangkat pergi sedikit demi sedikit

allshares Publish time 14-11-2023 01:09 AM

Da mkn ubat ke belum itewww

belilies Publish time 14-11-2023 08:31 AM

Siapalah bodoh sangat nak caya ajaran pompuan ni. Sampai ke bod misteri deyols puja

orkid_amani Publish time 14-11-2023 08:52 AM

PMYT ni tak merasa la dalam tahanan ISA sebab dah xdak kan..aii rasa dia ni patut ni hantaq dok dlm pulau terpencil sorg2 sebab statement dia menyebabkan kebimbangan awam. Org2 yg ada panic attack, anxiety xboleh dengaq ucapan dia..bahaya

tompie Publish time 14-11-2023 11:11 AM

Masalahnya, ni dah 2 kali kot ramalan dia tak kena...
Apa hukum orang Islam yang percaya pada tukang2 tilik?
Dia ni pun kira tukang tilik la.. Dia punye mimpi tu dah mcm Nabi pegi Israk Mikraj..
padahal dah takde nabi ataupun rasul selepas nabi Muhammad.. mana datang dia ni? Wali Allah? sedangkan wali2 Allah yang betul2 tu takde la sibuk nak buat ramalan bagai..

Yang masalah besarnye, ramai orang yang ada background agama tapi boleh percaya bulat2 kat dia ni.. ada lah pulak yang kononnye bijak pandai ilmu2 ghaib ni yang mengiyakan.. padahal diorang ni just nak ride on the fame aje..
Pages: [1] 2 3
View full version: Perjalanan mimpi yang ke...laut


ADVERTISEMENT