Jangan masuk ke bilik persalinan sehingga kamu menang perlawanan ini - Hairuddin
https://assets.bharian.com.my/images/articles/FINAL_PIALA_MFL_2023_TERENGGANU_FC_II_VS_JDT_II_1699763713.jpgPemain Terengganu FC II, meraikan kemenangan selepas mengalahkan Johor Darul Ta’zim II 1-0 dalam perlawanan akhir Piala MFL 2023 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) II, Hairuddin Omar menyifatkan kerja keras yang ditampilkan pemain hingga wisel penamat menjadi faktor pasukannya menjadi juara sulung Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Skuad Penyu muncul juara selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) II 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi hasil jaringan tunggal Isa Raman pada minit ke-89.
Selain merangkul kejuaraan, Hairuddin turut menjelaskan bahawa TFC II mencapai sasaran untuk membekalkan pemain muda ke skuad utama, TFC.
"Ini kali pertama saya menjadi ketua jurulatih dan pasukan berjaya mendapatkan piala. Pada awal perlawanan saya sendiri sedikit gugup kerana ini pengalaman baru untuk saya.
"Kalau kita lihat senarai kesebelasan utama JDT II, mereka mahu mencari gol awal. Mereka letak Oscar Arribas dan Endrick (dos Santos), tetapi kita berjaya mengekang asakan mereka malah kita mencipta beberapa peluang.
"Saya katakan kepada pemain jangan masuk ke bilik persalinan sehingga kamu menang perlawanan ini, Alhamdulillah pemain membalas permintaan saya," katanya.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/isisiajisajio_1699763719.jpg
Penyerang Terengganu FC II, Muhammad Isa Raman, meraikan gol kemenangan bertemu JDT II pada perlawanan akhir Piala MFL 2023 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. NSTP/FATHIL ASRI.
Sementara itu, pengendali JDT II, Mariano Echeverria tidak menyalahkan pemain pertahanan, Aysar Hadi kerana kesilapannya yang menyebabkan Isa meledak gol tunggal perlawanan pada lewat permainan.
Dia bagaimanapun tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pemain sepanjang saingan Piala MFL musim ini dengan beberapa pemain berjaya menunjukkan bakat dan kualiti yang dimiliki.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/nklsdnldnklnkldkl_1699763723.jpg
Pemain Terengganu FC II, meraikan kemenangan bertemu JDT II pada perlawanan akhir Piala MFL 2023 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. NSTP/FATHIL ASRI.
"Persembahan yang ditunjukkan pemain sepanjang kejohanan adalah baik dan kita dapat lihat beberapa pemain menyinar. Sudah tentu kami mahu memenangi perlawanan akhir, malangnya impian itu tidak menjadi kenyataan," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2023/11/1176107/jangan-masuk-ke-bilik-persalinan-sehingga-kamu-menang-perlawanan-ini
Pages:
[1]