mattzzx Publish time 11-11-2023 01:41 PM

Mancha lakar sejarah dilantik Pesuruhjaya Polis Sarawak

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/manchaatan23_1699592327.jpg
Majlis Serah Terima Tugas, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman (kiri) dan Macha Atta (kanan) di Mess Pegawai IPK Kuching, majlis penyerahan tugas disaksikan oleh Komisioner Polis Datuk Ramli Din.FOTO NADIM BOKHARI

Kuching: Datuk Mancha Ata mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi anak Dayak pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Mancha, 58, yang berasal dari Asajaya, Samarahan dilantik ke jawatan itu menggantikan Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri yang bertukar ke Bukit Aman yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Sebelum ini, Mancha adalah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang disandangnya sejak 9 Jun 2021.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak.
Berita menarik menerusi E-Mel setiap pagi



Mancha menerima tugas itu daripada Mohd Azman yang disaksikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada majlis di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Selepas itu, beliau menyerahkan tugas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak kepada penggantinya, Datuk Ibrahim Darus yang sebelum ini adalah Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman.

Pada majlis sama, turut diadakan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Sarawak antara Datin Nassariah Mohd Nassir dan Datin Jennita William yang disaksikan Pengerusi PERKEP JSJK Datin Seri Fatimah Moyedden.

Sementara itu, Ramli dalam ucapannya berkata, beliau yakin dengan kemampuan Mancha untuk meneruskan kecemerlangan polis Sarawak seperti yang dicapai Pesuruhjaya Polis terdahulu.

"Sebagai pegawai komando, beliau adalah pakar dalam operasi khas dan dengan pengalaman yang luas, saya yakin beliau akan terus membawa kecemerlangan kepada polis kontinjen Sarawak," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1029010/mancha-lakar-sejarah-dilantik-pesuruhjaya-polis-sarawak
Pages: [1]
View full version: Mancha lakar sejarah dilantik Pesuruhjaya Polis Sarawak


ADVERTISEMENT