Raline Publish time 11-11-2023 12:51 PM

Autobiografi Britney Spears terlaris di Amerika Syarikat

Autobiografi Britney Spears terlaris di Amerika Syarikat

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/11/FotoJet-2023-11-11T035844.368-1536x974.jpg
NEW YORK: Puteri pop dunia, Britney Spears mampu tersenyum lebar selepas autobiografinya, The Women in Me menjadi antara buku paling laris di Amerika Syarikat (AS) selepas lebih dua minggu dipasarkan.

Meskipun rekod jualan semakin menurun, autobiografi sulung penyanyi itu kekal mendahului jualan buku lain di negara berkenaan.

The Women in Me terjual sebanyak 132,000 naskhah minggu lalu, menyaksikan penurunan berbanding rekod jualan 400,000 naskhah pada minggu sebelumnya.

Meskipun rekod (jualan) mencatatkan penurunan, buku tersebut sudah pun mencipta kejayaan dengan nilai jualan mencecah jutaan dolar.

Autobiografi sulung penyanyi lagu Hit Me Baby One More Time itu dipasarkan sejak 24 Oktober lepas.

Ia menjadi buku paling kontroversi dengan pelbagai pendedahan dibuat penyanyi tersebut termasuk tindakannya sebelum ini yang terpaksa menggugurkan kandungan yang didakwa milik bekas teman lelakinya yang juga vokali kumpulan NSYNC, Justin Timberlake.

Sumber:https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/autobiografi-britney-spears-terlaris-di-amerika-syarikat/

Page88 Publish time 1-12-2023 10:55 PM

Britney Spears needs a break.
Pages: [1]
View full version: Autobiografi Britney Spears terlaris di Amerika Syarikat


ADVERTISEMENT