CARI-MRO Publish time 10-11-2023 11:05 AM

Tol Percuma Dua Hari Sempena Deepavali

Sempena sambutan perayaan Deepavali, kerajaan bersetuju memberikan tol percuma kepada pengguna lebuh raya selama dua hari.


Tol percuma itu akan bermula pada 11 November (Sabtu) jam 12.01 pagi sehingga 12 November (Ahad) jam 11.59 malam.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202311/10/110458lis07wi5t77hbwe5.pngGambar Hiasan




"Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.


"Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan," katanya dalam satu kenyataan.


Ujarnya, pemilihan tarikh ini juga bertujuan bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.


Dianggarkan jumlah trafik dalam masa dua hari tersebut adalah sebanyak 11.8 juta kenderaan.


Dengan pelaksanaan tol percuma, Kementerian Kerja Raya (KKR) menasihatkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang tersebut selain merancang perjalanan dengan sebaiknya. -CARI


Sumber: mStar
Pages: [1]
View full version: Tol Percuma Dua Hari Sempena Deepavali


ADVERTISEMENT