mattzzx Publish time 8-11-2023 05:18 PM

Peluang lebih baik layak ke Olimpik 2024

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SUKAN_ASIA_2022_HOKI_LELAKI_%282%29_1699421950.jpg
SKUAD hoki lelaki negara bakal mengharungi kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara bakal berdepan tugas mencabar dan talian hayat terakhir untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas diundi berada dalam Kumpulan A bersama pemenang pingat emas 1988, Great Britain.

Selain Great Britain, skuad bimbingan ketua jurulatih A Arulselvaraj, akan berdepan Pakistan dan China dalam saingan yang bakal diadakan di Muscat Oman dari 15 hingg 21 Januari 2024.

Selepas terlepas peluang di Sukan Asia Hangzhou yang ditawarkan kepada pemenang pingat emas, anak buah Arulselvaraj hanya mempunyai jalan terakhir untuk ke Paris dengan sekurang-kurangnya menduduki tempat ketiga di Muscat.

Bagaimanapun, berdasarkan undian yang dikeluarkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) semalam pasukan dalam Kumpulan B juga tidak kurang hebatnya apabila diisi Jerman, New Zealand, Kanada dan Chile.



Misi pertama adalah menduduki dua tangga teratas terlebih dahulu untuk melayakkan diri ke saingan separuh akhir yang boleh dianggap sebelah kaki ke Paris 2024, jika menang dengan lawan daripada Kumpulan B slot ke Olimpik sudah terjamin.

Jika tumpas di separuh akhir, pasukan bimbingan Arulselvaraj itu tidak ada pilihan lain selain wajib memenangi aksi penentuan tempat ketiga/keempat untuk menamatkan penantian 24 tahun ke temasya berkenaan.

Satu lagi kelayakan Olimpik 2024 berlangsung di Valencia membabitkan Belgium, Ireland, Jepun dan Ukraine dalam kumpulan A, manakala kumpulan B terdiri daripada Sepanyol, Korea Selatan, Austria dan Mesir.

Setakat ini, dalam kategori lelaki, Perancis sudah layak ke temasya itu secara automatik sebagai tuan rumah, manakala lima slot automatik benua diisi New Zealand (Oceania), Belanda (Eropah), India (Asia), Argentina (Pan Amerika) dan Afrika Selatan (Afrika) apabila masing-masing muncul juara kejohanan sebenua.

Sementara itu, skuad hoki wanita bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Sepanyol, Kanada dan Great Britain.

Kumpulan A pula membariskan Belgium, Korea Selatan, Ireland dan Ukraine.

https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/2023/11/1028284/peluang-lebih-baik-layak-ke-olimpik-2024
Pages: [1]
View full version: Peluang lebih baik layak ke Olimpik 2024


ADVERTISEMENT