anakjiran Publish time 7-11-2023 08:27 PM

“Misteri Hantu Lilin Di Dataran Bandaraya Johor.”




Malam-malam macam ni kalau dapat lepak Segget ataupun Stulang makan steamboat memang sedap. Tapi masa era 1995, tak ramai yang berani lepak dekat JB waktu malam?

Kenapa pulak, sunyi sangat ke?
Masa tu satu JB telah digemparkan dengan gangguan hantu lilin di dataran bandaraya. Kisah ini bermula apabila ada sebuah keluarga ni beriadah lah dekat dataran pada waktu.

Deme pun ambil lah gambar kenang-kenangan dekat tepi tangga menara jam. Esoknya bila deme nak cuci gambar tu, habis terkejut. Sebab dalam gambar ternampak sosok seperti satu lembaga sedang memegang lilin di sebelah deme.

Gambar tu pun diserahkan kepada satu surat khabar ni. Mula-mula memang tak ada yang percaya. Tapi lepas je deme tunjuk negatif filem dan semakan dibuat, gambar tu memang asli.

Maka cerita hantu lilin dalam gambar jadi tajuk utama surat khabar tu. Habis kecoh satu JB masa tu. Bermula sejak itu ramai dah tak berani nak lepak dekat dataran. Malah pasangan-pasangan yang selalu berendut, sudah tidak kelihatan.

Masyarakat tempatan pun tak berani sangat nak keluar malam-malam. Walau bagaimanapun, itu semua kisah lama. Sebab dataran bandaraya hari ini semakin meriah. Kalau ada hantu pun, korang lah hantunya.



Oleh Azmil Azali

duri_durians Publish time 10-11-2023 11:56 AM

aku tak nampak lilin!

kurga Publish time 10-11-2023 12:50 PM

duri_durians replied at 10-11-2023 11:56 AM
aku tak nampak lilin!

tu batang tepi muka antooo tu.. lilin ler.. mesti ekau ingat boruss lukisan kan...

kucingitam Publish time 10-11-2023 04:16 PM

aku ingat kisah ni....mmg kecoh masa tu...zaman kodak filem 36...

Tinot7 Publish time 13-11-2023 12:08 PM

Dolu2 citer ni glamer woo..

myakayina Publish time 13-11-2023 03:09 PM

masa ni harian metro larisss mcm goreng pisang panass psl berita ni, dulu2 mana ada lagi internet bagai..

duri_durians Publish time 14-11-2023 08:09 AM

kurga replied at 10-11-2023 12:50 PM
tu batang tepi muka antooo tu.. lilin ler.. mesti ekau ingat boruss lukisan kan...

hhahahah aku takleh nak hadam rupa dia

noryla Publish time 20-11-2023 08:32 AM

fofuler giler bende alah ni dedolu..

supernaturalee Publish time 20-11-2023 09:37 AM

mn dh die skrg ye


{:gif_smile:}

bulalof Publish time 28-11-2023 09:30 AM

kesilapan teknikal cuci film.
Pages: [1]
View full version: “Misteri Hantu Lilin Di Dataran Bandaraya Johor.”


ADVERTISEMENT