tatod Publish time 7-11-2023 01:23 PM

Pelakon Dedah Pernah Dibaling Kerusi Gara-Gara Gagal Menangis

Pelakon Indonesia, Citra Kirana mendedahkan pernah dibaling kerusi oleh pengarah selepas gagal menangis ketika melakonkan babak sedih.


Katanya, insiden itu terjadi pada awal pembabitannya dalam dunia lakonan.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202311/07/132319wqqqipf526t4zwhp.png




Ketika itu, Citra terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam drama bersiri, Tukang Bubur Naik Haji dan semuanya bermula apabila dia tidak boleh menangis untuk adegan sedih.



"Apa yang terjadi, pengarah telah melemparkan kerusi ke arah saya.


"Bukan menangis, saya sebaliknya jadi takut dengan kejadian tersebut dan tidak boleh mengeluarkan air mata," katanya.


Meskipun kerusi itu tidak kena padanya namun kejadian tersebut membuatkannya takut untuk datang ke set penggambaran dan bertemu pengarah.


Ujarnya, tindakan itu tidak elok dijadikan contoh dan sebetulnya pengarah terbabit perlu mengambil pendekatan yang lebih baik.





Sumber: Beautifulnara

imransulaiman Publish time 7-11-2023 07:39 PM

Bak kata Diva AA - so? so? so?
Pages: [1]
View full version: Pelakon Dedah Pernah Dibaling Kerusi Gara-Gara Gagal Menangis


ADVERTISEMENT