Raline Publish time 7-11-2023 08:15 AM

Akui Sangat Teruja, Hrithik Roshan Ada Pesanan Istimewa Buat Peminat Di Malaysia

Akui Sangat Teruja, Hrithik Roshan Ada Pesanan Istimewa Buat Peminat Di Malaysia
https://murai.my/wp-content/webp-express/webp-images/doc-root/wp-content/uploads/2023/11/WhatsApp-Image-2023-11-07-at-01.29.33-750x566.jpeg.webp
Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menyaksikan superstar Bollywood, Hrithik Roshan mengetuai konsert yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil .

Roshan akan disertai di atas pentas bersama Prabhu Deva, Vaani Kapoor, Maliaka Aroradan Sanya Malhotra .

Ia berlangsung pada hari Jumaat 1 September di OVO Arena, Wembley, London dan Sabtu 2 September di First Direct Arena, Leeds. Selain itu Aastha Gill danFantastic Couple Host Bharti serta Harsh pada malam tersebut.

‘Saya Sangat Teruja’- Hrithik Roshan Titip Pesanan Buat Peminat Di Malaysia

https://murai.my/wp-content/webp-express/webp-images/doc-root/wp-content/uploads/2019/11/Hrithik_Roshan_1.jpg.webp

Dalam sebuah video yang dipaparkan sewaktu sidang media berlangsung semalam, Roshan telah memberi pesanan kepada peminatnya di Malaysia.

“Hello Malaysia! Apa khabar? Saya begitu terujauntuk membuat persembahan secara langsung di Kuala Lumpur selepas 8 tahun lamanya.

Anda sentiasa memberi saya rasa cinta yang begitu banyak selama ini. Saya begitu berharap dapat berjumpa anda kembali.

Saya sangat teruja untuk berjumpa anda semua pada1 Disember 2023 Stars on Fire Tour. Beli tiket sekarang. Jumpa anda nanti! “- pesan Roshan dalam sebuah video yang dikongsikan.

Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert Bakal Lakar Sejarah

https://www.instagram.com/reel/CzTyLNnxW_q/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Sementara itu, Pengarah Urusan Yess Boss Groups, Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan selaku penganjur berkata konsert ini bakal melakar sejarah yang tak dilupakan.

“Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.

“Ini akan menjadi tanda aras buat kami di yang diberi kepercayaan oleh Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat.

“Menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert, peminat akan menyaksikan sebuah lagi persembahan mega, memukau dan penuh magis . Ini kerana Hrithik akan ditemani oleh Prahbu Deva sekaligus menjadikan konsert ini sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan,” ujar Shahkeer.

Tiket yang sudah mula dijual mulai 19 Oktober 2023, Khamis jam 11.59 pagi. Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari yessbossticket.com atau hubungi talian hotline 011-11546805.

Sumber:https://murai.my/2023/192427/hrithik-roshan-supercharged-menari-di-malaysia/

Page88 Publish time 1-12-2023 10:57 PM

Nice to know.

damian_lee Publish time 5-12-2023 09:11 PM

teringat gambar leak dia dulu
cuma tak “letopan” je news pasal gambar tu
gambar dia pegang anu dengan jari berkembar dia tu

agituu la
Pages: [1]
View full version: Akui Sangat Teruja, Hrithik Roshan Ada Pesanan Istimewa Buat Peminat Di Malaysia


ADVERTISEMENT