Raline Publish time 6-11-2023 05:16 PM

Bekas vokalis Dewa 19, Once akan tanding pada pilihan raya Indonesia

Bekas vokalis Dewa 19, Once akan tanding pada pilihan raya Indonesia
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/once_1699243592.jpg
BEKAS vokalis Dewa-19, Once Mekel. FOTO Kompas



Kuala Lumpur: Bekas penyanyi kumpulan popular dari Indonesia Dewa 19, Once Mekel mengesahkan beliau akan bertanding dalam pilihan raya Indonesia yang akan diadakan Februari tahun depan.

Once, 53 mengumumkan perkara itu ketika program deklarasi dan konsolidasi relawan calon Presiden dan Naib Presiden Indonesia, Ganjar Pranowo dan Mahfud MD (Ganjar-Mahfud) di Malaysia di sini, semalam.

Program anjuran penyokong pasangan calon Presiden dan Naib Presiden daripada Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P) itu dihadiri lebih 1,500 warga Indonesia yang menetap dan bekerja di Malaysia.

Once atau nama asalnya Elfonda Mekel berkata, beliau akan menawarkan diri untuk mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat dan nasibnya akan ditentukan oleh kira-kira 4.3 juta pengundi.

Antara isu yang akan diperjuangkan oleh penyanyi lagu Dealova itu adalah isu berkaitan hak artis dan selebriti mengenai hak cipta, isu undang-undang dan syarat berkaitan pembantu rumah.

"Saya mahu semua rakyat Indonesia faham kepentingan mempunyai pelbagai bakat dan keupayaan menjalankan pelbagai pekerjaan.

"Saya harap masih boleh terus berkarya (bernyanyi) dan mahu membuka mata dan minda warga Indonesia bahawa kita tidak seharusnya melakukan hanya satu, kita mesti cuba melakukan pelbagai pekerjaan.

"Saya bertuah dilahirkan, bersekolah dan mendapat pendidikan formal di Indonesia. Sokongan rakyat terhadap saya sebagai penyanyi amat padu, justeru sudah tiba masa saya mengabdikan diri berkhidmat untuk mereka," katanya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Indonesia.

Seramai 125 calon yang bertanding di daerah DKI Jakarta II, termasuk selebriti, bekas menteri, ahli akademik dan pemimpin parti politik.

Berbeza dengan sistem pilihan raya di Malaysia, semua 18 parti bertanding di Indonesia akan meletakkan lebih daripada seorang calon bagi setiap daerah pemilihan, masing-masing dengan jumlah kerusi berbeza.

Untuk layak ke Parlimen, sesebuah parti harus mendapat sekurang-kurangnya empat peratus daripada keseluruhan jumlah undi di 84 daerah pilihan raya.

Untuk rekod, pusingan pertama Pemilihan Presiden Indonesia 2024 dijadualkan berlangsung pada 14 Februari depan, serentak dengan pemilihan anggota legislatif di 84 daerah pilihan raya.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/global/asia/2023/11/1027510/bekas-vokalis-dewa-19-once-akan-tanding-pada-pilihan-raya-indonesia

Pages: [1]
View full version: Bekas vokalis Dewa 19, Once akan tanding pada pilihan raya Indonesia


ADVERTISEMENT