mattzzx Publish time 6-11-2023 10:22 AM

Iga jumpa Jessica di Final WTA

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TENNIS-MEX-WTA_1699234280.jpg
AKSI Iga membalas hantaran Aryna di Cancun, Mexico.

Cancun, Mexico: Iga Swiatek dari Poland menewaskan pemain nombor satu dunia Aryna Sabalenka 6-3, 6-2 awal pagi tadi untuk mara ke perlawanan akhir Final WTA dan akan menentang Jessica Pegula dari Amerika Syarikat (AS).

Perlawanan bermula malam semalam tetapi ditangguhkan sementara ketika pemain Poland itu mendahului 2-1 susulan cuaca buruk.

Iga pantas menguasai momentum selepas aksi kembali bersambung apabila memanfaatkan mata 'break' dalam permainan keempat.

Aryna menghempaskan raketnya selepas pukulannya terkeluar di permainan ketiga pada set kedua dan terkena jaring pada mata akhir membolehkan Iga mengesahkan kemenangan.


Dengan mengatasi juara bertahan Terbuka Australia dari Belarus itu, Iga yang juga juara Terbuka Perancis berpeluang merampas ranking nombor satu jika menewaskan Jessica esok.

Jessica yang tidak tewas walau satu set di kejohanan itu menghampakan rakan senegara Coco Gauff 6-2, 6-1 dalam masa satu jam semalam sekali gus kemenangan kesembilannya berturut-turut.

Iga memiliki rekod kemenangan 5-3 ke atas Jessica tetapi pemain AS itu menang dua daripada tiga aksi terakhir mereka tahun ini iaitu di Piala United dan separuh akhir di Montreal Ogos lalu manakala pemain Poland itu menewaskan Jessica di final Doha tahun ini.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/11/1027472/iga-jumpa-jessica-di-final-wta
Pages: [1]
View full version: Iga jumpa Jessica di Final WTA


ADVERTISEMENT