mattzzx Publish time 4-11-2023 06:14 PM

BMW i5 2024 kini di M’sia

https://paultan.org/image/2023/11/2023_BMW_i5_Launch-1_BM-630x420.jpg
BMW i5 kini diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Merupakan sebuah EV, model ini menjadi yang pertama dari generasi 5 Series G60, yang turut mempunyai versi enjin pembakaran dalaman mild-hybrid dan plug-in hybrid yang mungkin akan tiba tahun depan. Satu varian diperkenalkan hari ini di acara PACE 2023 iaitu i5 eDrive40. Ini satu daripada dua BEV G60 yang ada di seluruh dunia ketika ini; satu lagi ialah i5 M60 xDrive yang akan datang kemudian.

Merupakan model CBU, i5 eDrive40 M Sport dijual pada harga RM419,800 atas jalan tidak termasuk insurans. Harga ini termasuk jaminan lima-tahun tanpa had dengan program servis percuma, jaminan lapan-tahun atau 160,000 km untuk bateri dan bantuan tempi jalan. Ansuran bulanan dengan Easy Drive Financing Plan bermula dari RM4,677.

BMW i5 eDrive40 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal di belakang dengan janaan 313 PS dan 400 Nm tork. Dengan fungsi My Mode Sport dan Sport Boost/Launch Control, angka maksimumnya boleh menjadi 340 PS/430 Nm, dengan 0-100 km/j dicapai dalam masa enam saat. Laju maksimum ialah 193 km/j, dan bunyi boleh dipilih dari barisan Iconic Sounds yang dihasilkan oleh Hans Zimmer.


https://paultan.org/image/2023/11/BMW-i5-Launch-PACE-2023-3-e1699061852929-850x473_BM-630x351.jpg

Baterinya berkapasiti 83.9 kWh terletak di lantai, dengan jarak WLTP sehingga 582 km. Fungsi Max Range boleh menambahkan jarak sehingga 25% dengan menghadkan kuasa, laju (90 km/j) dan menyahaktifkan fungsi keselesaan lain. Mengecas dengan wallbox AC 11 kW akan mengambil masa lapan jam 15 minit dari 0-100%, sementara dengan pengecas DC kadar maksimum 205 kW memberikan 10-80% dalam masa 34 minit.

Sebagai model pertama bagi generasi G60, model ini mempunyai penampilan yang berbeza dan segar berbanding model lain siri yang sama sebelum ini. Ia mempunyai saiz badan yang juga panjang. Dimensinya ialah 5,060 mm (+97 mm) dan lebar 1.9 meter (+32 mm), sementara tinggi lebih 36 mm menjadi 1,515 mm. Jarak antara roda 2,995 mm juga telah naik 20 mm. Ruang but 490 liter.

Kelengkapan luaran lain termasuk lampu LED adaptif, Adaptive Suspension Pro dan Integral Active Steering (stereng pacuan empat roda).


https://paultan.org/image/2023/11/BMW-i5-Launch-PACE-2023-11-850x567_BM-630x420.jpg

Di dalam, model ini menggunakan perisian BMW Operating System 8.5 juga penuh dengan ciri lain. Ada bumbung kaca panoramik, kamera dalaman di bumbung (boleh dilihat melalui aplikasi My BMW), paparan BMW Curved Display yang menggabungkan panel instrumen 12.3-inci dengan paparan skrin sentuh 14.9-inci dan BMW Interaction Bar.

Untuk audio, ada 18-pembesar suara untuk sistem Bowers & Wilkins Surround Sound 655W — ini tetapan yang paling tinggi untuk tujuan berkenaan, mengatasi sisetem Harman Kardon. Untuk balutan kerusi, ia menggunakan Leather Merino hitam dan Copper Brown untuk Malaysia, dan tiada kulit Veganza yang ditawarkan untuk model ini di pasaran lain.

Ada juga Proactive Care yang baru ditawarkan, sistem khidmat pelanggan yang disepadukan untuk i5 ini. Ia terdiri daripada Condition Based Service (CBS), Accident Assistance (A-Call), Live Diagnosis dan Digital Tyre Diagnosis. Jika memerlukan servis segera ketika dalam perjalanan, sistem ini akan memberikan amaran dan membawa pemandu ke pengedar terdekat.


https://paultan.org/image/2023/11/BMW-i5-Launch-PACE-2023-5-850x567_BM-630x420.jpg

Selain itu, EV terbaru BMW ini juga hadir dengan Max Performance Charging. Tidak berkait dengan kadar pengecasan maksimum, MPC melancarkan lagi pengurangan kuasa pengecasan yang biasanya berlaku secara bertahap seperti dalam iX.

Ia mula dari kadar pengecasan penuh ini juga terpakai untuk SOC lebih tinggi, tidak hanya ketika ia hampir sifar. Ini membolehkan pengecasan berlangsung lebih pantas. i5 menggunakan binaan 400V, tetapi dengan MPC, prestasi pengecasannya lebih canggih daripada pesaing lain dengan binaan yang sama, dengan menghambiri kemampuan bagi binaan 800V.

Pilihan warna pula ialah Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Brooklyn Grey Metallic dan Phytonic Blue Metallic.

https://paultan.org/2023/11/04/bmw-i5-2025-kini-di-msia-ev-5-series-g60-di-pace-4-5-nov/
Pages: [1]
View full version: BMW i5 2024 kini di M’sia


ADVERTISEMENT