chacon Publish time 4-11-2023 03:39 PM

Resepi Donut Bulat-Bulat Comel Tanpa Perlu Uli, Guna 2 Bahan Sahaja Tetap Elok Kejadiannya!




Bila sebut donut, pasti rata-rata malas untuk membuat sendiri di rumah kerana agak leceh. Tapi ibu-ibu jangan risau kerana ada resepi donut bulat comel yang menggunakan 2 bahan sahaja tanpa perlu menguli.

Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian lengkap resepinya di bawah ini. Hari-hari buat donut untuk anak pun tak ada masalah selepas ini. Jom cuba!


CARA BUAT DONUT BULAT-BULAT, LEMBUT SANGAT



Donut comel permintaan anak-anak. Hanya guna dua bahan sahaja tepung naik sendiri dan plain yogurt. Simple sangat. Anak happy, mak pun teruja. Laju kerja mak-mak dapat sediakan kuih kesukaan anak.


Bahan-bahan:

Yogurt asli 190g
Secawan tepung naik sendiri
*Kalau nak buat banyak, boleh tambah lagi sukatan.

Cara penyediaan:

1. Satukan tepung dan yogurt, kaup-kaup sahaja. Adunan ini memang lembik sebab itu kena guna piping bag. Kalau tak ada piping bag pakai la plastik bungkus lauk, potong hujung (bucu plastik).

2. Kemudian panaskan minyak masak, minyak banyak sikit macam nak deep fry.

3. Masukkan adunan dalam piping dan picitkan ke dalam kuali. Gunting ikut sukatan anda nak sewaktu goreng ke dalam minyak.

4. Mula-mula nampak adunan tenggelam sikit tapi biarkan sehingga dia timbul.

5. Masak sehingga keperangan, angkat dan toskan.

6. Nak lagi sedap, salut gula atau celup dalam coklat cair.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Cucur Badak Paling Mudah, Nak Lebih Sedap Kena Letak 1 Bahan Ini Dalam Inti

Sumber: Facebook Ibu Resepi & Elmo World Kitchen

C-ra Publish time 27-11-2023 11:23 PM

Jap nak tanya, nnt kalau dh siap goreng bagai, ada rasa masam x? Sbb yogurt asli tu kan masam... Ke rasa dia sama mcm donut yg lain?

msdummy.2018 Publish time 9-12-2023 01:32 AM

C-ra replied at 27-11-2023 11:23 PM
Jap nak tanya, nnt kalau dh siap goreng bagai, ada rasa masam x? Sbb yogurt asli tu kan masam... Ke...

Iols pernah buat kek butter pakai yogurt..sedap uolsss moist sgt ...tp mmg ada rasa masam...ituhlah kali pertama dan kali twrakhir i buat masalan dr yogurt yaaa...hahahahaha

C-ra Publish time 9-12-2023 11:00 AM

msdummy.2018 replied at 9-12-2023 01:32 AM
Iols pernah buat kek butter pakai yogurt..sedap uolsss moist sgt ...tp mmg ada rasa masam...ituhla ...

Alaaaaa.... X jd la nak buh yogurt, ghisaaauuu kang ku kena makan semuanya sendiri.....

ayuniaa Publish time 17-12-2023 11:22 PM

Menarikk resepi. Tp tulah risau masam

Guli Publish time 21-1-2024 12:03 AM

Comel jer bentuk dia, boleh la buat kecik ii so tak terasa sangat kalau diet pun

uzhumaki Publish time 22-2-2024 02:21 PM

boleh masam ke sbb xpenah makan yogurt :o

dilaOHdila Publish time 29-2-2024 10:03 AM

uzhumaki replied at 22-2-2024 02:21 PM
boleh masam ke sbb xpenah makan yogurt

pernah baca dalam TikTok AINNA even letak yogurt rasa tak masam & rasa fluffy seperti donut yang uli uli tu, katanya.
Pages: [1]
View full version: Resepi Donut Bulat-Bulat Comel Tanpa Perlu Uli, Guna 2 Bahan Sahaja Tetap Elok Kejadiannya!


ADVERTISEMENT