mattzzx Publish time 4-11-2023 11:47 AM

Pemenang pingat gangsa Olimpik gagal ujian doping

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Ronald_Levy_1699065509.jpg
LEVY (dua dari kanan) akan mempertahankan dirinya agar tidak didapati bersalah. FOTO AFP

Kingston: Atlet lari berpagar, Ronald Levy dimaklumkan oleh Suruhanjaya Anti-Doping Jamaica bahawa dia gagal dalam ujian luar pertandingan yang diambil bulan lalu.

Menurut pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu, dia dimaklumkan mengenai perkara berkenaan semalam.

Levy, yang menduduki tempat ketiga dalam acara 110 meter lari berpagar di Tokyo, berkata di Instagram bahawa dia tidak sengaja melanggar sebarang peraturan dan sedang menunggu keputusan ujian sampel B.

"Saya terkejut kerana tiba giliran saya pula berdepan situasi ini. Saya sentiasa membawa diri saya pada tahap integriti tertinggi.



"Saya cintai sukan ini dan tidak akan pernah berusaha untuk mendapatkan kelebihan yang tidak adil," tulis Levy, yang memenangi emas di Sukan Komanwel 2018.

"Saya berhasrat untuk mempertahankan integriti saya semasa proses ini."

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/11/1026813/pemenang-pingat-gangsa-olimpik-gagal-ujian-doping
Pages: [1]
View full version: Pemenang pingat gangsa Olimpik gagal ujian doping


ADVERTISEMENT