Raline Publish time 3-11-2023 06:58 AM

Belanjawan 2024 RM393.8 bilion lulus

Belanjawan 2024 RM393.8 bilion lulus
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/Anwar-ketika-ucapan-Penggulungan-RUU-Perbekalan-Belanjawan-2024-di-Dewan-Rakyat-hari-ini.-1536x1021.jpeg
Anwar ketika ucapan Penggulungan RUU Perbekalan (Belanjawan 2024) di Dewan Rakyat hari ini.


KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) diluluskan di peringkat dasar selepas ia selesai dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini.

RUU Perbekalan 2024 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebentar tadi sejurus penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seramai 85 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar yang bermula sejak 16 Oktober lalu.

RUU Perbekalan 2024 tersebut adalah belanjawan kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Ia dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari, disusuli penggulungan selama empat hari mulai 30 Oktober lalu.

Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ itu merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah negara yang bernilai RM393.8 bilion telah dibentangkan Anwar pada 13 Oktober lalu. –KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11/02/belanjawan-2024-rm393-8-bilion-lulus/

Pages: [1]
View full version: Belanjawan 2024 RM393.8 bilion lulus


ADVERTISEMENT