tatod Publish time 2-11-2023 07:28 PM

Instafamous Dipenjara,Didenda, Mengaku Bersalah Curi Barang Pasar Raya

Kuala Lumpur: Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM400 terhadap seorang 'Instafamous' atau pempengaruh media sosial kerana mencuri barang pasar raya bernilai lebih RM100.


Majistret Nurul Izzah Shaharuddin, memutuskan hukuman berkenaan terhadap Rumaisyah Yahya, 31, selepas dia mengaku bersalah mencuri beberapa barang termasuk pewangi bilik, ubat gigi, sabun mandi, dan sayur brokoli berjumlah RM108.18.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202311/02/192755zioacd5gszeai2sg.pngGambar hiasan




Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga hari terhadap wanita itu jika gagal membayar denda.


Kesalahan dilakukan di pasar raya sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Ampang di sini, jam 4.30 petang, 1 November lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Seksyen terbabit memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda serta bagi kesalahan kali kedua hendaklah dihukum dengan penjara, denda atau sebat.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Sheryn Yong Shi Yee, memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.


Namun, peguam bela Rumaisyah, Muhammad Rhastdan Abdul Wahab, memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak guam tiada pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun.


Katanya, anak guam berhadapan kesalahan pertama dan barang diambil hanya membabitkan keperluan asas.


"Anak guam insaf dan mohon diberikan peluang kedua," katanya.


Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai guru yoga mengambil beberapa barang sebelum memasukkannya ke dalam beg dibawanya, namun tidak membuat pembayaran barangan itu sebelum berjalan ke bahagian lain dan keluar dari pasar raya.


Dia kemudian ditahan oleh pengawal keselamatan dan hasil pemeriksaan mendapati beg yang dibawa ada barang milik pasar raya itu, selain tertuduh gagal mengemukakan resit pembelian.




Sumber: BH Online

Sazreena Publish time 2-11-2023 08:03 PM

Wat malu je...muka not bad ala-ala latina ujung-ujung kaki rembat.
https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2023/11/02/influencer-seksi-curi-barang-keperluan-termasuk-sayur-brokoli-dipenjara-sehari-denda-rm400

joy_ah Publish time 2-11-2023 08:04 PM

aiyo sasa ko dah kenapa

anarina Publish time 2-11-2023 08:27 PM

Klepto mungkin

Or losing her mind... jd porta porti mau x gilerrr ujungnyer

doridori_hi Publish time 2-11-2023 09:11 PM

Aku tgk sheols ha hu ha... tanpa ke penghujungnya.. laku lah kot OF nya

cmf_Strawberry Publish time 2-11-2023 09:14 PM

I follow dia ni since dia crew cantik sgt. Tak sangka jadi mcm ni. Tp masa dia crew mas pun seksi yakmat. Sayang nya dia ni mcm tak best bercakap mgkkn that's why tak fames sgt as influencer.

jihyomelly Publish time 2-11-2023 09:23 PM

ig dah deactivate..

babysolaris Publish time 2-11-2023 09:41 PM

haha kemari selepas tgk komen kat ig memes.. haha

putriTS Publish time 2-11-2023 09:51 PM

Adoiaiii......mendunia travel around the world. Income OF x cukup ke?

hareeeesah Publish time 2-11-2023 09:57 PM

1november meaning semlm ke? Ish weng ke.. bkn ke dia mendonia kat uae sana

sambaldurian Publish time 2-11-2023 10:23 PM

Aiyo muka boleh tahan cantik, seksi. Klepto kot. Dh knp curi brokoli pulak.

daim_toblerone Publish time 2-11-2023 10:30 PM

hobi kot lah kan..xkan la xmampu beli

setori_mori Publish time 2-11-2023 10:58 PM

Wei ni sasha apa tah tu kan namanya whatttt

akies Publish time 2-11-2023 11:15 PM

Sape pulak ni {:8_670:}

maroon_nerd Publish time 2-11-2023 11:45 PM

Weyh. Kenapa dia curi barang2 murah je? Tak mampu beli ke? Amboii. Bila nak kena hukuman dan2 la tiada pendapatan tetap la apa. Sara ibu 65 tahun la. Sebelum tu sakan mendonia.

babysolaris Publish time 2-11-2023 11:46 PM

setori_mori replied at 2-11-2023 10:58 PM
Wei ni sasha apa tah tu kan namanya whatttt

rumaisya yahya... a.k.a sasha romee... dia kan tak mengaku islam

dagusengett Publish time 2-11-2023 11:58 PM

Kat klcc ke dia duk area situ kan

babycc Publish time 3-11-2023 01:37 AM

Guru yoga la sgttttt

anony-mous Publish time 3-11-2023 02:12 AM

Ni sasa romi tu ke??? Hat pakai rantai salib mendunia di dubai???

purplelilac Publish time 3-11-2023 06:12 AM

Kemain flex kete audi,vacay overseas tibeh mencuri.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Instafamous Dipenjara,Didenda, Mengaku Bersalah Curi Barang Pasar Raya


ADVERTISEMENT