mattzzx Publish time 2-11-2023 04:04 PM

Asingkan skim gaji polis daripada SPA

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/polisaana1_1698840915.jpg
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Skim perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar diasingkan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi membolehkan penyelarasan semula gaji, kadar elaun dan bayaran insentif membabitkan anggota polis.

Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) ketika mencadangkan perkara itu menegaskan, selagi anggota PDRM terikat dengan SPA, maka sukar untuk penelitian semula bagi menaikkan gaji dan elaun anggota polis dilaksanakan.

"Soal elaun ini perlukan perbincangan kerana adakah pasukan polis terikat dengan SPA? Jika terikat, tak banyak yang boleh berubah sebab pasukan polis ini kerjanya berbeza, tiada waktu kerja yang tetap perlu kerja syif, malah terdedah dengan pelbagai isu keselamatan.

"Ini yang perlu kita beri perhatian dan tengok secara terperinci, supaya kebajikan mereka dilindungi.



"Kerana itu saya cadangkan Menteri Dalam Negeri supaya pisahkan gaji polis ini daripada perkhidmatan di bawah SPA supaya mudah untuk mereka buat kajian bagi menaikkan gaji mereka, sekurang-kurangnya RM2,000," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah dalam sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menjawab persoalan itu berkata, buat masa ini perkara itu masih dalam penelitian.

"Sama ada semakan gaji polis perlu keluar dari SPA, buat masa, ini, ia (kekal) status quo.

Sebab itu ketika Perdana Menteri arahkan, (ia dibuat) selepas 10 tahun tidak disemak. Justeru, kita kemas kini dan masukkan syor (KDN)," katanya.

Beliau turut memaklumkan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya perbincangan diteliti semula di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

"Pihak polis sudah kemukakan cadangan untuk tujuan pelaksanaannya membabitkan anggota polis. Sementara ia sedang diteliti, suka saya maklumkan, elaun dan bayaran insentif sedia ada terus berjalan.

"Memang secara relatifnya rendah. Kerana itu pasukan PDRM menyambut apa yang disebut sebagai sistem saraan perkhidmatan awam yang sedang diteliti ini. Pihak polis telah kemukakan cadangan kepada kami.

"Andai kata jawatankuasa itu memperakukannya, maka boleh kita laksanakan segera," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1026010/asingkan-skim-gaji-polis-daripada-spa

airmineral Publish time 3-11-2023 01:42 PM

xfaham la
kenapa susah nak review gaji kalau dlm SPA dan kalau keluar SPA apa efek dia secara total dlm sistem polis?
tentera, bomba dan bdn uniform lain dgn skim perubatan pun dlm SPA ke?

ujung2 pakai duit dlm bajet mengurus kerajaan juga kan?
Pages: [1]
View full version: Asingkan skim gaji polis daripada SPA


ADVERTISEMENT