mattzzx Publish time 2-11-2023 02:03 PM

Tiga beranak dipenjara kerana cederakan OKU

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mahkamah_court_1698900133.jpg
GAMBAR hiasan

Tampin: Mahkamah Majistret Gemas, hari ini menjatuhkan hukuman penjara antara 12 hingga 36 bulan terhadap tiga beranak kerana mencederakan wanita OKU.

Hukuman diputuskan Majistret Kartini Kasran selepas tiga tertuduh, Siti Fatimah Abdullah, 56, dan dua anaknya, Muhammad Taufiq John Abdullah, 24, serta Muhammaddeni Iskandar, 26, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Muhammaddeni Iskandar yang juga teman lelaki mangsa berusia 21 tahun, dihukum penjara 36 bulan dan dua sebatan kerana sengaja menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu menggunakan besi playar, bara puntung rokok dan petrol.

Siti Fatimah dihukum penjara 12 bulan dan denda RM5,000 atas tuduhan menggunakan spanar pembuka tayar untuk mencederakan wanita OKU itu.



Sementara, Muhammad Taufiq yang didakwa menggunakan batang penyapu untuk mencederakan mangsa dihukum penjara 24 bulan dan denda RM4,000.

Tiga beranak itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan antara Jun hingga 23 Oktober lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Rokan.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan terhadap bermula tarikh ditangkap.

Mengikut fakta kes, wanita itu tinggal di rumah berkenaan selama lima bulan kerana menghadapi masalah keluarga dan sepanjang tempoh itu, dia mendakwa didera teman lelakinya dan ibu serta adik lelaki.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1026170/tiga-beranak-dipenjara-kerana-cederakan-oku
Pages: [1]
View full version: Tiga beranak dipenjara kerana cederakan OKU


ADVERTISEMENT