mattzzx Publish time 2-11-2023 10:48 AM

Malaysian Tigress hilang khidmat Hanis

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/Hanis-Nadiah-Onn.jpg
HANIS (tengah) terlepas aksi menentang Thailand malam ini disebabkan kecederaan ketika menentang China kelmarin. – AHF/HOCKEY INDIA

SKUAD hoki wanita kebangsaan sedia untuk memberikan segala-galanya bagi mencatat kemenangan menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Thailand pada ­saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2023 di Ranchi, India hari ini.

Setakat ini, skuad Malaysian Tigress masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam kejohanan tersebut apabila me­ngalami tiga kekalahan dan sekadar seri satu perlawanan daripada empat aksi terakhir.

Kelmarin, pasukan negara mencatat kekalahan ketiga apabila dibelasah 0-4 oleh China, sekali gus mengulangi episod duka ketika tewas 0-5 kepada India selain dibenam juara bertahan, Jepun 0-3.

Jurulatih skuad wanita kebangsaan, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim mahu menggunakan waktu rehat sehari sebagai me­dan untuk memperbaiki kerapuhan benteng pertahanan selain mengasah ketajaman pukulan sudut penalti.

“Menjelang perlawanan menentang Thailand, kami akan melakukan persediaan sebaik mungkin termasuk dari segi pukulan sudut penalti, me­nyerang ataupun bertahan bagi memastikan pasukan mendapat kemenangan.

“Kita amat memerlukan kemenangan dalam aksi itu nanti sebelum melangkah ke perlawanan yang akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai kekalahan kepada China, beliau percaya anak-anak buahnya sudah menampilkan aksi terbaik selain menganggap kecederaan dialami Hanis Nadiah Onn memberi ke­sukaran kepada pasukan.

“Kami kehilangan khidmat Hanis di awal permainan apabila dia mengalami kecederaan dan perkara itu menyukarkan kami untuk melakukan penggiliran pemain dalam aksi tersebut.

“Bagaimanapun, pemain sudah menunjukkan semangat juang tinggi, terutamanya ketika bertahan termasuk menafikan beberapa peluang pasukan lawan menerusi pukulan sudut penalti,” ujar Nasihin.
https://www.kosmo.com.my/2023/11/02/malaysian-tigress-hilang-khidmat-hanis/
Pages: [1]
View full version: Malaysian Tigress hilang khidmat Hanis


ADVERTISEMENT