hardeyboyz Publish time 7-2-2011 11:37 AM

Prosedur Inspection PUSPAKOM

Post Last Edit by hardeyboyz at 14-2-2011 08:27

Salam forumer semua..:loveliness:
Saya ingin bertanyakan prosedur inspection di PUSPAKOM bagi forumer2 yang pernah melaluinya. saya dah search thread yang berkenaan tapi x jumpa jawapan yang dikehendaki.

situasinya : Saya ada sebiji kereta kancil 660 yang sudah berusia lebih 15 tahun yang hendak ditukar hak milik ( tukar ownership). based on what i have heard , 1stkene buat inspection di puspakom. dan nak ke puspakom kena la awal pagi bagi mempercepatkan proses. pas dah selesai inspection..baru berurusan dengan JPJ..

boleh tak forumer-forumer yg dah well experieced ngan puspakom nih kasik guideline atau tips2 untuk mebolehkan inspection di puspakom ni berjalan lancar.

antara info info yang saya perlukan adalah seperti berikut:-

1)jenis pemeriksaan yang dilakukan.. senang saya nak pi repair awal2 kat bengkel dahulu..takde la kes 2-3 kali ulang alik untuk inspection ..gagal je( untuk rekod..kereta ada sedikit masalah mounting ( enjin gegar kuat sampai menggigil dashboardkalau kereta dalam keadaan pegun (gear D) kalau tukar gear N..gegar hilang/ kurang).

2) surcaj - bayaran yang dikenakan.. brapa ongkos yang saya kena sediakan..? mana la tau in case tak cukup..

3) borang/ dokumen yang diperlukan.. - dokumen yang terlibat dalam proses untuk buat pertukaran nama di puspakom..

4) tips-tips atau extra guideline bagi memastikan proses inspection berjalan lancar..

ucapan terima kasih didahulukankepada forumer yang sudi berkongsi maklumat untuk manfaat bersama..
tukar nama @ hak milik senang je..

Prosedur dia:-

1. Pergi Puspakom, ambil pas pelawat, tinggal IC..
2. bawa kereta ke line tukar hak milik , sesetengah puspakom sekali dengan pemeriksaan kewangan dan Khas.
3. Bayar 30. cakap kat diaorang nak buat tukar nama..
4. Lepak.. nanti V.E ambil kereta korang.
5. lepas siap dioarang periksa, ambil kereta dan parking kat tempat diaorang sediakan..
6. tunggu sampai diaorang panggil ambil keputusan (VR1) sekarang warna merah kertas nya..

Macamana Nak LULUS
Bagi pemilik kereta yang nak buat tukar hak milik

1. kereta korang mestilah standard.. takada modifikasi yang tidak dibenarkan @ hasil belum mendapat kelulusan daripada kawalselia bahagian teknik JPJ.
2. no. casis dan nombor enjin ( tiada ganguan diketuk atau dikimpal semula)( ini untuk pengesahan identiti).
3. Tiada potong 2, (potong sambung).. kalau setakat pillar potong sebatang, 2 batang tak ada masalah, janji jangan potong kesemua tiang pillar ( tiang pintu, yang 6 batang tu).
4. cermin mestilah cerah.. bermaksud.. kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan wajib 70%, cermin sisi dan belakang 50%. itu je..

kereta karat ke, lampu tak menyala ke, aircond takde ke.. kereta pintu kemek ke.. tayar botak ke.. selagi untuk pemeriksaan tukar hak milik benda tu tak ada periksa pun.. cat buruk macam sampah ke takpe... selagi korang tak tukar identiti kenderaan tu.. dari kancil pergi mira ( dahaitsu), dari wira pergi evo3 (mitsubishi).. keputusan Puspakom ni (vr1) tahan selama 1 bulan sahaja.. jangan lewat pulak.. nanti kena periksa lagi..

Bila dah siap puspakom korang pergi JPJ.
1. Pergi konter pertanyaan..
2. cakap nak buat tukar nama.
3. nanti diaorang akan bagi borang...
4. untuk ic owner lama, nanti diaorang akan bagi borang.. korang fotostat, kemudian gunting dan lekatkan di tempat yang disediakan.. kalau owner tak datang dengan korang, sila sahkan dipesuruhjaya sumpah..
5. kalau roadtax masih hidup, korang pergi buat insuran atas nama korang dulu, tapi kalau nak mudah.. korang semua tunggu roadtax mati dulu.. tak payah hidup insuran.. tapi jangan pula sampai tamat tempoh VR1 korang tadi..
6. semak semula dokumen korang.. bila dah cukup.. atau bawak balik ke konter peranyaan JPJ tadi.. korang suruh diaorang tolong semak dokumen tadi..
7.bila dah cukup, ambil nombor giliran tunggu sehingga dipanggil.
8. sampai giliran.. korang bagi ic original korang dengan yuran bayaran rm 100.00.
9. lepas tu diaorang akan suruh korang duduk sebentar..
10. tunggu sampai diaorang panggil, tandatangan geran baru, kalau dah penuh geran lama tu le.. kalau tak tandatangan tempat yang disediakan.
11. keluar dari pejabat JPJ.
12. Masuk Kereta..
13. start enjin, masuk gear,, dan senyum.. balik.. urusan selesai..

kalau korang buat sendiri, kos dalam rm 130. sahaja, tidak termasuk cukai jalan dan insuran.. mudah kan.. apa yang diperlukan.. masa sehari..

P/s. Pastikan kenderaan anda yang nak ditukar nama tu tak ada saman yang dah blacklist, kalau tak boleh merencatkan urusan pemindahan tukar nama tu..

sekian.. hehehe..


kredit to forumer akudonjuan for such a brief information..:loveliness:

crankshaft Publish time 7-2-2011 11:46 AM

Keta aku tak pernah pegi inspection......

Setiap kali due for inspection....akan calling calling sommeone.....ajak a game of golf......semua SETTLE.....


:lol::lol:

AHMADVW Publish time 7-2-2011 11:59 AM

Post Last Edit by AHMADVW at 7-2-2011 12:03

kalau nak tukar nama, rm30 xtaw;lah kalau dh naik, maklumlah skrg ni musim Barang NAik,, patikan no chasis dan no engine sama spt tertera dlm geran, lain lain tu pastikan brake, n semua lampu, hon berfungsi, tu jer yg biasa di check,,,lepas lulus report puspakom, blh trus gi ke jpj, repot tu sah hanya dlm masa sebulan,,,, kalau nak tukar nama isi borang tukar nama, ic buyer dan seller, mesti disahkan oleh pgwai suruhan jaya sumpah,,,kalau salah soramg xdTg lah,,,,kalau 2,2 dtg lagi bgs,,

hardeyboyz Publish time 7-2-2011 12:12 PM

Keta aku tak pernah pegi inspection......

Setiap kali due for inspection....akan calling calling...
crankshaft Post at 7-2-2011 11:46 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

mesti keta mahaal ni..:loveliness:


keta yang saya nak buat tukar hak milik ni pun keta kancil 660 sahaja..:$

hardeyboyz Publish time 7-2-2011 12:14 PM

kalau nak tukar nama, rm30 xtaw;lah kalau dh naik, maklumlah skrg ni musim Barang NAik,, patikan no...
AHMADVW Post at 7-2-2011 11:59 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

terima kasih atas penerangan tuan, ringkas tapi padat dengan info..


nanti saya akan check no chasis engin tally tak dengan yang ada kat geran.. kalau mounting tu puspakom check tak?


brek, hon dan lampu semua ok takat ni.. maybe nak pi cek pad brek..takut2 la dah haus time puspakom check..


xde borang2 yang kene isi dulu ke sebelum buat inspection?:o



nampak macam mudah dah boleh setel within half-day... harap2 realitinya begitulah..:loveliness:

AHMADVW Publish time 7-2-2011 12:21 PM

Post Last Edit by AHMADVW at 7-2-2011 12:22

terima kasih atas penerangan tuan, ringkas tapi padat dengan info..


nanti saya akan check n ...
hardeyboyz Post at 7-2-2011 12:14 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
kalu first time mmg agak leceh sikit, kalu xsilap kene isi borang b3/b5pun dh lupa, lbih krg lah code dia cmtu,,
mounting engine goyang jpj xcek, yg pling penting ialah keadaan brake kete tu, check segala lampu yg ada kat kete, plat no mestilah standard ... ,,, kalau nak bgs dtg pgi2 lagi pukul 8dh smpi kat puspakom.sy blh suggest u pgi kat puspakom,tmn bolton xbrp ramai kalu nak dibndingkan dgn puspakon wngsa maju or tmn maluri kepong,,,
make sure no engine dan no chasis jelas, sbb dorang nak tekap karbon paper as a proven your vehicle in the form,,,,

hardeyboyz Publish time 7-2-2011 12:25 PM

kalu first time mmg agak leceh sikit, kalu xsilap kene isi borang b3/b5pun dh lupa, lbih krg lah c ...
AHMADVW Post at 7-2-2011 12:21 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

terima kasih atas penerangan lanjut tersebut.


khabarnya ada puspakom di area taman industri selaman di bandar baru bangi. saya pun dok area berdekatan situ.. so nak pegi situ dahulu..kalau rasa ramai sangat / banyak kerenah..akan ke taman bolton seperti yang disarankan tuan.:D


memang first time.. so bende baru to learn..hope tak kene teepoo ngan mana mana ulat yg dah standby kat puspakom tu.:loveliness:

AHMADVW Publish time 7-2-2011 12:30 PM

terima kasih atas penerangan lanjut tersebut.


khabarnya ada puspakom di area taman industri ...
hardeyboyz Post at 7-2-2011 12:25 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
u blh try dulu pg kt puspakom bangi, better keluar awal dr umh,,bwk sekali geran dan ic

crankshaft Publish time 7-2-2011 01:48 PM

mesti keta mahaal ni..



hardeyboyz Post at 7-2-2011 12:12 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Biasa biasa sahaja:$ :$awat..aku sebut main golf je..keta aku pun pasti mahal kheennn?:P

But anyway...be rest assured....aku tak akan ever copmpare Mercedes dengan GOLF GTI...macam hamlau sakau sorang kat thread sebelah itu......:P

otomen_taro Publish time 7-2-2011 02:30 PM

bodypart xsilap xleh melebihi 60% modi/menyerupai kete len

hardeyboyz Publish time 7-2-2011 03:01 PM

bodypart xsilap xleh melebihi 60% modi/menyerupai kete len
otomen_taro Post at 7-2-2011 02:30 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


   macammana tu? boleh kasi contoh? kalau exterior tu kira modification ka?:o

otomen_taro Publish time 7-2-2011 03:58 PM

mcm ko pkai kancil xleh ko pkai bodypart depan belakang mira..kalau pkai gak kang depa halau ko balik:lol:

hardeyboyz Publish time 7-2-2011 04:14 PM

mcm ko pkai kancil xleh ko pkai bodypart depan belakang mira..kalau pkai gak kang depa halau ko bali ...
otomen_taro Post at 7-2-2011 03:58 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


ooo...kira kalo nak pakai gak kene pakai standar dulu baru antar puspakom..pastu dah clear abih cek bleh pasang balik la kan?:$

otomen_taro Publish time 7-2-2011 04:26 PM

yup cm tu la..psg balik jer jwb nyer

hardeyboyz Publish time 7-2-2011 04:39 PM

yup cm tu la..psg balik jer jwb nyer
otomen_taro Post at 7-2-2011 04:26 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


   terima kasih atas makluman ini.. dapat mengelakkan pembaziran masa beratur dan kemaluan yang amat sangat akibat dihalau:$

zorrro_03 Publish time 8-2-2011 11:28 AM

kena pasti kan gak kereta tu bersih dan wangi.kalo tak peluang untuk dihalau ialah 32%.

hardeyboyz Publish time 8-2-2011 12:25 PM

kena pasti kan gak kereta tu bersih dan wangi.kalo tak peluang untuk dihalau ialah 32%.
zorrro_03 Post at 8-2-2011 11:28 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    wangi tu dah memang.. bersih tu xtau la.. pada pandangan saya ni bersih sahajaa.. kategori bersih macammana yg boleh lepas ni? kene masuk car wash dulu ka?:o

zorrro_03 Publish time 8-2-2011 12:45 PM

wangi tu dah memang.. bersih tu xtau la.. pada pandangan saya ni bersih sahajaa.. kategori ...
hardeyboyz Post at 8-2-2011 12:25 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    jgn ada taik lembu taik kuda dlm kereta.basuh mcm biasa.he he...

hardeyboyz Publish time 8-2-2011 12:50 PM

jgn ada taik lembu taik kuda dlm kereta.basuh mcm biasa.he he...
zorrro_03 Post at 8-2-2011 12:45 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    insya Allah xda.. kalo ade pun taik idung...x berbau kot..hohoho:lol:

zorrro_03 Publish time 8-2-2011 12:57 PM

insya Allah xda.. kalo ade pun taik idung...x berbau kot..hohoho
hardeyboyz Post at 8-2-2011 12:50 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    :lol:
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Prosedur Inspection PUSPAKOM


ADVERTISEMENT