Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:11 PM

CERPEN: Warkah Pendosa (U)

Post Last Edit by Agnostic_boi at 6-2-2011 01:46

Salam perkenalan buat para pembaca bod Bakat & Ruangan Penulis sekalian~
Kali nie merupakan kali pertama saya kongsikan penulisan saya..
Walaupun tak lah sehebat mana-mana penulis..
Saya harap cerita-cerita saya akan mendapat tunjuk ajar dan komen dari pakar-pakar dan otai-otai bod nie..:loveliness:

Terimalah cerpen pertama saya...WARKAH PENDOSA...

http://4.bp.blogspot.com/_7wGjtGKyDJM/SdxZ35PakbI/AAAAAAAAAHk/OmqXxZbcAVw/s400/emosa-pendosa.jpg

PADA TUHAN, AKU MERINTIH...

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:13 PM

“DALAM mencari sahabat dan teman kutempuhi liku-liku yang merobek seluruh jasad ini.Namun,ketaatanku pada-Nya seringkali aku gadaikan.Moga keredhaan-Nya kekal bersamamu.Andai diri ini dijemput-Nya lebih awal….Aku redha……”Bacalah dengan bimbingan Rabbul Jalil-Mu yang telah mengutuskan Jibril a.s .Bacalah…….

      Salam ukhuwah dan kasih aku simpulkan khas buatmu,sahabatku yang pernah bergelar kekasih.Bagaimana khabarmu di sana?Seagaknya,kau pasti dilingkari keindahan syurga dunia dan kasih sayang yang tak pernah aku dapat kecapi.Sedangkan seorang aku?Masih terus hanyut membiarkan diri ini dibawa arus,Mutia!Tahukah kau betapa rindunya aku pada kau yang pernah mewarnai hidup ini?Sampai-sampai aku mencoba mengejar bebayangmu di tengah-tengah perut kota itu.Seakan manusia tidak siuman………….

       Maaf Mutia,kerana aku terlewat membalas utusan dari rantau ini.Entahlah…..setiap kali warkahmu kutatapi,hatiku akan berantakan dan hancur.Aku berasa sakit membaca ayat-ayat yang kau coretkan.Struktur-struktur yang kau lakarkan.Dan entahlah……..Aku malu.Malu.Dan malu untuk menatap wajahmu,Mutia.Membaca setiap kalimat yang kau coretkan pada warkah-warkah sebelumnya,aku berasa jijik.Jijik?Entahlah………….Jujur aku katakan,pernah beberapa kali warkah-warkah itu aku renyukkan.

   Tanda protesku terhadapmu.Aku sendiri masih keliru.Keliru untuk mencoretkan kisah hidupku pada kertas ini…..Kerana bagiku,hidupku cumalah suatu rakaman yang tak bermakna!Satu memori yang perlu aku bakulsampahkan sedari awal rakaman itu dimulai!Emosionalkah aku,Mutia?

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:15 PM

Aku masih dalam rentak yang sama-aku masih khilaf dalam mencari bebayang,masih dihina dan dicerca masyarakat,masih tinggal dalam sarang maksiat dan………………yang paling penting,cintaku buat Tuhan kian malap dan pudar sepudar cat pada dinding-dinding waktu.

      Dan aku masih setia menanti kau……Menanti dan terus menanti!Dan kau tahukan,reranting waktu akan terus berkembang dan fragmen-fragmen yang baru akan menggantikan induknya?Namun seorang aku?Seorang aku masih lagi menggadaikan maruah di jalan sempit ini.Jalan pintas ke neraka!

      Kasihan untuk diriku sendiri,Mutia!Selepas aku dapat tahu kau bertunang,aku seakan orang gila.Sasau!Aku ponteng kuliah.Dan pada rembulan,aku tadahkan segala permohonanku.Final exam yang selama ini aku nantikan dengan tenang,kini menjanjikan keserabutan.Dan aku kini sudah berada di tahun akhir pengajianku.Kau tahu,Mutia?Aku……….aku…………..begitu terseksa menahan derita.Zahir dan batinku menderita……….
      
      Kerana kasih dan sayang yang pernah kau taburkan,aku begitu lemah menelan kepahitan hakikat yang sebenar!Dan,untuk melupakan kau,aku tak ambil final exam!Dan begitulah juga keadaannya dengan konvokesyen!Melayang harapanku!Melayang jauh sejauh hilangnya rasa kasih dan cintamu padaku…………

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:16 PM

Aku begitu benci akan keluargaku.Aku benci keluarga yang kuat menghina.Keluarga yang aku kenal sekarang bukan lagi seperti yang pernah aku kenal dulu….Aku tahu ayah juga sedari dulu bencikan aku!Dia bencikan sikap lembut yang aku miliki.Ayah begitu meluat melihat lenggokku yang gemalai.Katanya,dia malu pada jiran tetangga dan teman-temannya yang bertandang ke rumah.Ayah begitu bencikerana aku tidak dapat mewarisi darah kepahlawanan ayah!Katanya genta pencak silat yang aku bawakan seakan seorang bacul.Tingkahku lambat.Fokusku terhenti-henti.Seakan anak kucing yang berhenti mengambil nafas.Dan…………….akhirnya,ayah halau aku dari rumah bila aku gagal unjukkan sekeping ijazah!

            Mutia,masih ingatkah kau lagi pada aku?Lelaki yang pernah menjadi kekasihmu…..Ya,mungkin aku layak bergelar seorang kekasih buatmu….Sekadar pada sekeping surat biru.Mungkinkah?Atau mungkinkah aku sekadar pencinta yang tidak berani meluahkan rasa suci ini?

             Bertahun-tahun kita berdua bina kota cinta.Kota cinta yang dipagari kepercayaan.Disirami kasih sayang.Empayar cinta inilah yang cuba aku pertahankan.Meskipun kota ini sering dirempuh badai.Gelora cintaku padamu membuak-buak.Namun,sayang seribu kali sayang!Roboh sama sekali!Salah siapa kota cinta ini roboh?Salah akukah?Kerana tumbuh menjadi arkitek yang berjemari lembut.Longlai.Gemalai rentaknya.

       Dan,kau pula?Arkitek yang begitu keras hati dan keras kepala.Maaf,andai kata-kataku ini merobek hatimu!Biarkan……….Biarkan…………..Kota cinta ini tetap akan hancur!Hancur,Mutia!

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:18 PM

Mutia,aku tahu pada hemat mereka yang tak mengenali diriku,aku cukup plastik!Seakan seorang maniquin yang dibentuk sempurna.Kelembutan yang aku pancarkan meskipun seculin…….begitu mendidihkan bara di hati teman-teman sekuliah.Bukankah begitu?Aku tahu kau cukup sabar dengan diri ini…….Sampai-sampai kau terpaksa menadah pelbagai cercaan daripada keluargamu.Maafkan aku!Andai akulah akar kepada segala keterbalikan ini!

         Sungguh aku terseksa dengan segala taazur yang perlu aku lalui.Onak dan ranjau yang terbentang begitu mencalarkan hati ini.Keluarga kau yang aku kenali begitu baik selama ini ………………ternyata begitu hasad terhadap seorang aku.Dan aku tahu ramai juga yang bertanya kau,kenapa kau memilih aku?Tiadakah lelaki lain yang dapat mengetuk pintu hatimu?Cukup sejatikah aku untuk bergelar suamimu?

            Empat tahun kita membina perkasihan yang cukup mengasyikkan.Dan ingatkah kau lagi pada rakan-rakan kita yang tidak menyenangi perhubungan tulus ini? Warshie,Zachariyah dan Omack?Merekalah yang seringkali mentertawakan aku semenjak kau bertunang dengan lelaki itu…………Doktor Murshady.Apa khabarkah dia?Meskipun kau pernah kumiliki,ku doakan kau berbahagia di sampingnya sentiasa.Dan,tahukah kau bahawa akulah manusia pecundang itu?Pecundang yang sentiasa mencoba untuk berlari.Dan,di akhirnya…..aku akan rebah tersadung reranting.Ahh,betapa lemahnya aku!

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:19 PM

Betapa aku begitu khisit pada kebahagiaan yang kau kecapi,Mutia!Dan betapa perasaan inilah yang mengiahkan rasa persaudaraanku padamu…..Syaitan dan iblis yang pernah berjanji pada Tuhan untuk menyesatkan seorang Adam dan Hawa begitu gembira lagaknya.Bertepuk tangan.Terkinja-kinja tarinya.Dalam tarian yang entah dari mana…..

            Lepas itu,aku hilang pedoman.Tiada lagi Tuhan yang mengawal jasad dan mindaku.Mandala fikirku terbuka luas.Menerawang jauh.Aku sasau dengan krisis yang kian menghimpit diriku.Aku mula terjebak.Terjebak dalam perangkap laknat.Dan,beginilah aku!Aku terus hanyut.Hanyut dalam membaiahkan diri pada lorong kecelakaan ini.

             Iblis berkata,Disebabkan Engkau menyesatkanku,maka aku akan duduk(mengintip)mereka atas jalan Engkau yang lurus.(26)Kemudian aku datang kepada mereka(memperdayakan)dari muka dan dari belakang mereka,dari kanan dan dari kiri mereka.(Sehingga)kebanyakan mereka,tiada berterima kasih kepada Engkau(27)Allah berfirman,Keluarlah engkau dari dalamnya sebagai orang terhina dan terusir.Sesungguhnya siapa yang mengikut engkau di antara mereka itu,nescaya Kupenuhkan nereka jahannam dengan mereka bersama kamu sekalian(28)

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:20 PM

Daripada Hassan,daripada Ibni Umar daripada Nabi Muhammad S.A.W seperti apa yang diceritakan daripada Tuhannya yang telahberfirman,Mana-mana hambaku yang keluar berjihad pada jalan-Ku(fi sabilillah)semata-mata mengharapkan keredhaan-Ku,Aku beri jaminan untuknya,sekiranya dia kembali semula selamat,dia mendapat ganjaran pahala dan harta perang yang dimenanginya.Namun sekiranya dia tewas dalam pertempuran itu,pasti Aku ampuni dosanya dan Aku beri rahmat limpah kurnia-Ku serta Aku masukkan dia ke dalam Syurga.”
                                             (Riwayat Ahmad)

             Mutia,bencikah kau pada aku?Pada seorang Adam yang bernafsukan Adam?Ahh…biarkan kau mencemuh dan menghinaku!Kerana aku tahu kau sajalah harapan terakhirku,kekasih…………                                                   

             Layakkah aku untuk menggapai Syurga-Nya?Hatiku kontang dengan iman.Hujan hidayah daripada-Nya sudah lama pergi dariku.Aku kotor,Mutia!Aku tak layak untuk sebuah persahabatan setulus ini!Maafkan aku……….Tahukah kau?

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:20 PM

Aku pernah dinodai oleh abang saudaraku sendiri!Seawal usiaku menginjak angka 13 tahun,aku sudah benci akan diri ini….Sewajarnya aku dilindung dan diajar menjadi seorang lelaki .Sayang……….insan yang kusandarkan harapan .Harapan yang begitu besar,cukup tega memalukan dan memperlakukan aku seperti kain buruk.Aku kotor,Mutia!Aku kotor!Ahh,dasar manusia bertopeng!Tampangnya layak seorang ustaz.Tapi………..nafsunya!Aku tak tahu apayang dia lakukan padaku…Tapi….seingatku,perasaan itu amat menjijikkan!

            Aku coba untuk mencari perlindungan daripada ayah dan ibuku!Tetapi aku pula yang dicemuh mereka.Katanya,dasar anak celaka!Kata mereka,akulah yang sering membuat ulah dan kekecohan.Akulah biang karotnya!Akulah pencetus segala keterbalikan ini!Benarkah?

            Ayah dan ibuku tidak pernah ambil peduli tentang aktiviti aku.Aku makin menjadi-jadi sejak aku diusir keluar dari rumah itu.Aku makin liar bila aku dengar ayah dan ibuku bercerai!Ibuku menyimpan gigolo di luar!Ayahku pula main kayu tiga di luar negara!Hidupku semakin berantakan.Bantuan daripada rakan-rakan senasibku,aku ambil dengan senang hati.

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:21 PM

Benarlah kata-katamu dahulu Mutia…...Pintu ke arah kejahatan dan kehinaan tidak boleh dibuka sama sekali.Walaupun seinci.Jika sekali pintu itu terbuka,ia akan tetap terbuka.Dan pada pintu itulah terpahat seribu satu keindahan.Membayangkan keseronokan duniawi.Menjamin kepuasan sementara.Dan,memang dalam usia remaja itu,aku sudah layak bergelar seorang tunawisma.Tunawisma yang terperangkap dalam komuniti manusia tunasusila,tunabusana dan tunakarya.

            Di lorong-lorong kemaksiatan itulah,aku menggadaikan maruah.Bagiku maruah bukanlah suatu aset yangpenting.Buatku wanglah yang dapat memberikan kebahagiaan.Lantas,dari lorong itulah aku membaiahkan diri sebagai seorang tunasusila.Bagiku,yang penting aku dapat memenuhkan perut dengan makanan.Dan aku dapat bergaya selayak seorang diva.Meskipun sekadar diva kampung.

            Kerana kasihku pada seorang manusia bergelar Adam……..aku nekad melakukan pembedahan menukar jantina.Menukar jantina?Ya……akulah lelaki yang memuaskan nafsu lelaki yang iseng.Serigala-serigala malam yang buas dan rakus seringkali menggomoliku.Dan akupun puas dengan kenikmatan syaitan itu.Dan buat pengetahuan kau,Mutia………akulah tunasusila yang paling juniordan meletup di sana.Di lorong maksiat itu.Sebut saja namaku,akulah yang paling digilai.

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:21 PM

Namun…….Tuhan itu Maha Adil,Dia memberikanku kenikmatan dan ujian sekaligus.Setelah aku selesai menjalani pembedahan di Iran.Tak usahlah aku ceritakan pada kau tentang prosedur-prosedurnya,ya?Aku pulang dengan perasaan yang cukup gembira.Tapi…..ternyata kasih seorang manusia bergelar Adam akan tetap memilih seorang Hawa untuk dijadikan pendampingnya.Dan kau tahu,di khalayak ramai itu….aku disepak dan diterajang sesuka hatinya.Dia begitu berani menunjukkan keperkasaannya pada kekasih barunya itu.Telingaku begitu pedas mendengar sindiran dan cemuhan yang dia lontarkan.Sedangkan,selama ini akulah yang……………………….

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:22 PM

Dan aku pun mengundurkan diri dari lembah kemaksiatan itu.Bukan kerana aku sudah bosanBukan juga kerana aku sudah tidak sepopular dulu.Tapi….aku sudah muak dengan janji-janji seorang manusia bergelar Adam.Dan aku sungguh malu apabila aku mencintai kaum sejenisku…………setelah aku kecundang dalam mempertahankan cintaku padamu,Mutia!

       Aku yang masih tidak punyai haluan saat itu,begitu asyik dengan kehebatan diri ini.Dan aku juga pernah memarahi Tuhan atas ketidakadilan yang Dia timpakan ke atasku.Akankah Dia memaafkan aku?Manusia yang begitu tersasar jauh dara jalan-Nya yang lurus terbentang itu?

      Akukah manusia yang kaya dengan harta,tetapi miskin dengan kasih?Perjalanan hidup ini merupakan satu langkah yang tidak mampu aku bayangkan.

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:23 PM

Duhai kasihku Mutia…………aku rasa inilah warkah terakhir yang dapat aku coretkan buatmu.Usahlah kau tersingahak.Dan mencari seorang aku lagi.Sejak belakangan ini,badanku terasa letih.Kepalaku selalu berpinar.Dalam keperitan ini,aku gagahkan jua mendaki tangga-tangga klinik usang itu.Menemui seorang manusia bergelar doktor.Allahuakbar!!Betapa besar ujian yang Dia timpakan buat seorang aku.Inikah kesudahan riwayat hidupku?Riwayat hidup seorang gelandangan yang hidup dalam rapuhnya keimanan.Ketandusan ketakwaan dan gelodak perasaan yang mengawal tingkah…..Berdosakah aku membenci AL-AZIZ?Bersalahkah aku membelakangi AL-QAADIR?

               Mutia………..aku menghidap AIDS!Ya Allah!Rasanya aku makin lemah.Ya…….penyakit ini bakal membawa kematian.Menjanjikan jemputan daripada Malaikatul Maut.Semenjak itu,aku mula pergi ke kelas-kelas agama,belajar al-Quran dan dengar ceramah agama.Aku cukup takut kalau-kalau aku tak sempat khatamkan pembacaanku……………………Mengucup Al-Quran!Dan membelek-belek tasbih.Kumat-kamit mulutku menyebut nama-Nya.Dan terasa seolah-olah nafasku makin lemah.Nafasku bakal berakhir,Mutia.Denyutan nadi ini akan terhenti pada saat dan ketika yang aku pun belum pasti.

Agnostic_boi Publish time 5-2-2011 11:24 PM

Mutia………………pada kaulah aku sandarkan impian,kau jenguk-jenguklah keluargaku.Aku tidak tahu antara masa dan aku siapakah yang bakal dijemput dahulu.Kau sampaikanlah salamku yang terakhir ini buat keluargaku yang tercinta.Khabarkanlah aku begitu rindu pada mereka.Tidak pernah tersedik sekalipun di hatiku perasaan dendam kesumat.Sudah aku maafkan……….Cintaku padamu juga akan kekal mewangi.Tidak lama lagi,aku akan dapat ucapkan selamat tinggal kepada dunia yang pernah memperdayai aku.Kalau boleh,wakafkanlah harta-hartaku buat anak-anak yatim………..Walaupun ditentang ahli keluargaku.Dan,buat kali terakhirnya……semadikanlah aku selayaknya seorang muslim.Agamaku Islam.Dan jantinaku lelaki.Bukannya,seperti tampangku yang pernah kau kenal dulu.Maafkan aku,Mutia………….!!!

            Akhirulkalam,terima kasih aku ucapkan atas persahabatan yang kita jalinkan.Terima kasih kerana pernah membenarkan aku merasai perasaan mencintai dan dicintai seseorang.Walaupun……kota cinta itu berakhir dengan tragedi yang menyayat hati.Merentap kemanusiaan.Merobek hati dan fisikku.Dan sedekahkanlah al-Fatihah untukku nanti.Sampai ketemu di Syurga Jannatun Firdaus.Insya-Allah.Assalamu’alaikum………………………..

puteri_malam Publish time 6-2-2011 02:13 AM

Post Last Edit by puteri_malam at 6-2-2011 02:17

w'salam...semoga perginya seorang aku didalam keimanan...Aminnnnn.....

aliem71731672 Publish time 7-2-2011 11:22 PM

cerita benar ke ni

Agnostic_boi Publish time 18-2-2011 10:25 AM

Reply 15# aliem71731672


    Terpulanglah pada yang membaca..
    Ada yang bilang..cerita nie sama seperti kisah hidupnya..
    Entahlah~:o

ani5977 Publish time 31-7-2012 02:38 PM

kisah benar ke ni...
Pages: [1]
View full version: CERPEN: Warkah Pendosa (U)


ADVERTISEMENT