mattzzx Publish time 31-10-2023 12:20 PM

Deepika Padukone suka puji diri sendiri

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/DEEPIKA.jpg
DEEPIKA PADUKONE

AKTRES sensasi Deepika Padukone menegaskan tidak pernah ambil kisah terhadap kutukan netizen kerana yakin ada dalam kalangan mereka cemburukan kejelitaannya.

Namun berbeza dengan pengakuan dibuat dalam Instagram, isteri kepada aktor Ranveer Singh itu dilihat gigih mempertahankan diri dengan membuat beberapa hantaran memperjelaskan keadaan.

Kecaman dilemparkan netizen gara-gara perkongsiannya dan suami dalam Koffee With Karan mengenai pertemuan pertama mereka hingga akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada 2018.

Rata-rata peminat menganggap penampilan mereka dalam musim kelapan itu sebagai sebuah mimpi buruk selepas selebriti berusia 37 tahun itu hanya memuji kecantikan diri sendiri.

“Sangat cantik, sangat elegan. Hanya terlihat seperti sebuah wow,” katanya yang mengenakan persalinan serba merah dengan perincian anting-anting permata.

Malah tidak kurang mengecam kenyataan suaminya yang mengungkapkan pertemuan dengan Deepika sebagai momen terindah dalam hidupnya.

Lebih nakal apabila ada yang mengungkit bahawa itu kenyataan sama ketika dia menggambarkan pertemuan pertamanya dengan bekas kekasih, Anushka Sharma, sekitar tahun 2011.
https://www.kosmo.com.my/2023/10/31/deepika-padukone-suka-puji-diri-sendiri/

JahLupa Publish time 1-11-2023 11:24 PM

Shes classy..

bambimbom Publish time 4-11-2023 11:29 AM

muka cantik, body mantap... harusla puji diri sendiri
bukan mudah nak dpt maintain dgn macam2 food kat india yg byk manisan la, segala mala kari..

Mekpah2 Publish time 4-11-2023 06:41 PM

she cantik..mohon sheols jaga kecantikan sampai tua mcm rekha, shilpa..jgn jd gundu mcm acik aishwarya pulak

Heydidle Publish time 4-11-2023 10:26 PM

Mekpah2 replied at 4-11-2023 06:41 PM
she cantik..mohon sheols jaga kecantikan sampai tua mcm rekha, shilpa..jgn jd gundu mcm acik aishwar ...

Aish tu knp blh gundu. Tp sheols mmg kejap kurus kejap gundu kan. Stress eating ka

Mekpah2 Publish time 5-11-2023 01:50 AM

Heydidle replied at 4-11-2023 10:26 PM
Aish tu knp blh gundu. Tp sheols mmg kejap kurus kejap gundu kan. Stress eating ka

dah lar gundu..rambut serabai nk mampus..sayang betul muda2 sheols cantik sgt

kisahkeaku Publish time 5-11-2023 11:33 AM

Mekpah2 replied at 4-11-2023 06:41 PM
she cantik..mohon sheols jaga kecantikan sampai tua mcm rekha, shilpa..jgn jd gundu mcm acik aishwar ...

shilpa shetty tu underrated sungguh laa.dulu biasa2 je tgk dah tua nmpk cantik laki pun herlok.
kareena dulu kemain hot skrg erm..

beta_carotene Publish time 5-11-2023 03:47 PM

deepika ni antara debut pelakon terbaik la bg meols
masa dia keluar om shanti om tu terus terkagum jap, lawa n lakonan best
good thing dia dpt kekalkan momentum tu sbb dpt sapu movie2 yg hebat

shernazz Publish time 6-11-2023 07:18 AM

{:gif_deepika:}

primarikey Publish time 6-11-2023 10:02 AM

Mekpah2 replied at 5-11-2023 01:50 AM
dah lar gundu..rambut serabai nk mampus..sayang betul muda2 sheols cantik sgt

Iols tertanya2
Adakah sheols stress sbb duk serumah dgn mertua

razzia Publish time 7-11-2023 01:33 PM

Mekpah2 replied at 4-11-2023 06:41 PM
she cantik..mohon sheols jaga kecantikan sampai tua mcm rekha, shilpa..jgn jd gundu mcm acik aishwar ...

lucu tapu betul kt u

razzia Publish time 7-11-2023 01:33 PM

kisahkeaku replied at 5-11-2023 11:33 AM
shilpa shetty tu underrated sungguh laa.dulu biasa2 je tgk dah tua nmpk cantik laki pun herlok.
ka ...

sependapat kita..dl si ais pny la lawa,lihat la kini

twins Publish time 7-11-2023 05:34 PM

aku suker jer DP ni.pd mata aku dia mmg cantek yg tersendiri... tak perlu puteh melepak mcm cucu-cucu kapoor & bermata hijau biru....walau gelap ala2 kajol tapi dengan lesung pipit & bentuk muka bujur sirih tu dia lawa.... acting dia pun aku suka...

takayama Publish time 9-11-2023 02:25 PM

DP mmg lawa apa, berlakon pun bgs. Hrp dia kekalkan kejelitaan dia

shoyuna Publish time 10-11-2023 08:34 PM

Yes DP sangat lawa & boleh berlakon. Pada ai, dia ni cantik sangat and suka movie sheols Piku

tenggiripink Publish time 11-11-2023 10:29 AM

i masih tak boleh move on dgn DP dalam om shanti om
very the chantik
muka pun very manis and classy
ranveer nampak sayang gila dkt DP

hidet Publish time 14-11-2023 10:53 PM

beta_carotene replied at 5-11-2023 03:47 PM
deepika ni antara debut pelakon terbaik la bg meols
masa dia keluar om shanti om tu terus terkagum j ...

Walaupun iols xminat dia.tapi iols sokong statement chuols

hidet Publish time 14-11-2023 10:55 PM

primarikey replied at 6-11-2023 10:02 AM
Iols tertanya2
Adakah sheols stress sbb duk serumah dgn mertua

Mungkin juga..sayang kan

primarikey Publish time 15-11-2023 07:41 AM

hidet replied at 14-11-2023 10:55 PM
Mungkin juga..sayang kan

Lelaki seronok la kn sis dpt duk serumah dgn mak dia...tp bg si isteri...duk serumah dgn mertus umpama mimpi ngeri...lg2 mertua yg perangai from hell

KikiHadid Publish time 23-11-2023 03:55 PM

DP ni lawa sgt dkt mata iolls..1st time tgk dia berlakon om shanti om trs girl crush..untung la debut je trs pairing dgn srk & meletop..dlm bajirao mastani berlakon dgn husb dia lg la cantik sgguh..sesuai sgt dia & pc pgg watak dlm movie tu..dua2 lawa bg iolls
Pages: [1] 2
View full version: Deepika Padukone suka puji diri sendiri


ADVERTISEMENT