Raline Publish time 31-10-2023 07:38 AM

Pendekatan berbeza berjaya bantu skuad wanita curi satu mata

Pendekatan berbeza berjaya bantu skuad wanita curi satu mata
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hoki30_1698674051.jpg
PASUKAN meraikan kejayaan menyamakan kedudukan. -FOTO AHF/Hockey India


Kuala Lumpur: Selepas tewas dua perlawanan awal kepada Jepun dan India di liga sepusingan kejohanan Trofi Juara-Juara Asia, pasukan hoki wanita berjaya mendapatkan mata pertama selepas mengikat Korea Selatan 1-1 dalam perlawanan ketiga, hari ini.

Ketua jurulatih skuad negara, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata, perubahan yang dilakukan untuk berhadapan lawan yang lebih baik itu ternyata membuahkan hasil.

"Perlawanan hari ini (bertemu Korea Selatan), kita tukar beberapa struktur terutama di bahagian pertahanan dan kita menukarkan beberapa pemain di posisi yang berbeza.

"Ia membuahkan hasil yang baik apabila kita menyukarkan pasukan Korea untuk dapatkan jaringan," katanya.

Tambah Nasihin, beliau memuji pemain selepas menunjukkan semangat juang yang tinggi dan yakin apabila bertemu pasukan yang lebih kuat.

Untuk perlawanan seterusnya bertemu China esok, Nasihin berkata, beliau akan menggunakan struktur yang sama dan akan memastikan lawan sukar menewaskan pasukan hoki negara.

Terdahulu, dalam perlawanan ketiga, pasukan Korea Selatan membuka tirai jaringan menerusi PC pada minit ke-35 sebelum Nur Afiqah Syahzani Azhar meledak gol penyaman minit ke-58 menerusi PC.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/2023/10/1025337/pendekatan-berbeza-berjaya-bantu-skuad-wanita-curi-satu-mata

Pages: [1]
View full version: Pendekatan berbeza berjaya bantu skuad wanita curi satu mata


ADVERTISEMENT