Raline Publish time 31-10-2023 07:06 AM

Model Sepanyol kekasih gelap nombor 2 Beckham

Model Sepanyol kekasih gelap nombor 2 Beckham




https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/rebecca-loss-david-beckham.jpeg
BEKAS kekasih gelap David Bechkam mendedahkan bintang bola sepak terkenal itu pernah menjalin hubungan dengan model Sepanyol.


KISAH kecurangan bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham semakin mencuri perhatian apabila mantan kekasih gelapnya, Rebecca Loos mendakwa dia bukan satu-satunya wanita pernah bersama dengan lelaki itu.

Dalam satu pendedahan terbaharu, Loos berkata dia pernah melihat bekas pemain bola sepak England itu berselingkuh dengan seorang model Sepanyol sekitar 2003 di sebuah hotel.

“Kejadian itu berlaku semasa dia (Beckham) menghadiri majlis hari jadi pemain bola sepak Brazil, Ronaldo Nazario. Ketika itu dia sudah empat tahun berkahwin dengan Victoria Beckham,” kata Loos.

Menurut Loss, dia melihat Beckham bersama model tersebut berdua-duaan di taman hotel berkenaan tanpa menyedari aksi mesra mereka diperhatikan dari jauh.

Pada masa sama, Loos yang ketika itu bertugas sebagai pembantu peribadi Beckham mendakwa telah menerima panggilan telefon daripada Victoria selepas bekas anggota kumpulan Spice Girls itu gagal menghubungi suaminya yang leka berselingkuh.

“Victoria marah sebab dia cuba menelefon suaminya, tetapi panggilan itu tidak berjawab,” dedah Loos dalam satu temu bual pada 22 Oktober lalu.

Loos berkata, Victoria dalam perbualan itu memintanya untuk mencari lelaki berusia 48 tahun itu di bilik hotel, namun mendapati dua pengawal peribadi mengawal pintu bilik itu.

Ketika salah seorang pengawal masuk memanggil Beckham, Loos ternampak model berkenaan sedang baring di atas katil.

Loos berkata, ketika itu hatinya berasa sakit kerana menyedari telah diperbodohkan ‘kekasihnya’.

Terdahulu, wanita berusia 46 tahun itu membuka mulut mengenai percintaannya dengan Beckham selepas bekas pemain kelab Manchaster United itu menyangkal dakwaan mereka pernah menjalin hubungan terlarang sekitar 2002 dalam dokumentari Netflix berjudul Beckham. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10/30/model-sepanyol-kekasih-gelap-nombor-2-beckham/

hidet Publish time 3-11-2023 10:52 PM

Dia kawin muda...seharusnya tak puas..ala ...ape kisah org barat .. janji isterinya satu tu je Posh

linb Publish time 6-11-2023 08:29 AM

Sebab dokumentari tu, habis kisah kisah lama kena bongkar balik..

ina_na Publish time 9-11-2023 02:17 AM

David beruntung sgt sbb Posh syg gila ke dia..terkejut gak ms mula2 kes skandal dia terbongkar dl..ingat Posh akan ceraikan dia..tp X...lps tu dgr lg dia berskandal.. Posh msh memaafkan lg... walaupun iolss x bape suka Posh tp diakui dia sgt kuat terima suami skandal berkali2..

JahLupa Publish time 9-11-2023 10:27 PM

Kuatnye la binik dia. Padahal dia boleh je dpt someone better

tenggiripink Publish time 11-11-2023 10:22 PM

Posh dapat 15 engagement rings throughout the wedding disamping nak gaduh pasalscandal2 tok laki

Page88 Publish time 1-12-2023 11:06 PM

Not surprised at all.

Page88 Publish time 1-12-2023 11:06 PM

Not surprised at all.
Pages: [1]
View full version: Model Sepanyol kekasih gelap nombor 2 Beckham


ADVERTISEMENT