Raline Publish time 31-10-2023 07:05 AM

Duduk sebaris, Cristiano Ronaldo ‘tenggelamkan’ Salman Khan

Duduk sebaris, Cristiano Ronaldo ‘tenggelamkan’ Salman Khan
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/salman-khan-2.jpg
Pertemuan tidak disangka aktor hebat Salman Khan dan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mencuri perhatian ramai.


DUDUK sebaris dengan bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodríguez menyaksikan perlawanan tinju antara Tyson Fury dan Francis Ngannou, kehadiran aktor Bollywood, Salman Khan menuai perhatian ramai.

Menerusi hantaran sebuah video yang tular dalam TikTok, difahamkan aktor tersebut berada di Riyadh, Arab Saudi untuk mempromosikan filem terbaharu berjudul Tiger 3 sebelum singgah menonton perlawanan terbabit.

Susulan itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan menyifatkan pertemuan tersebut sebagai pertembungan individu hebat yang tidak dijangka.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat Salman Khan kelihatan kerdil apabila duduk berhampiran Cristiano Ronaldo baik aspek pengaruh mahupun populariti.

“Pemain bola sepak terhebat dan pelakon terbaik namun dapat dilihat bahawa Salman bukan sesiapa apabila duduk sebaris dengan Cristiano Ronaldo. Nampak kecil statusnya meskipun dia sangat popular,” komennetizen.

“Satu pertemuan yang tidak dijangka, masing-masing mempunyai pengaruh tetapi jelas kelihatan Cristiano Ronaldo jauh lebih popular berbanding Salman,” kata seorang lagi netizen.

Menurut satu laporan, selepas acara perlawanan tersebut selesai, Salman Khan yang ditemani pengawal peribadi bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh untuk kembali ke India.

Di samping memenuhi komitmen seninya, pelakon berusia 57 tahun itu kini sibuk mengelilingi dunia mempromosikan Tiger 3 yang turut dibintangi Katrina Kaif.

Filem arahan Maneesh Sharma itu bakal menggegarkan pawagam bermula 12 November depan dalam bahasa Hindi, Tamil dan Telugu.

Treler filem itu memaparkan Salman sebagai ejen terkemuka India, Tiger dalam misi melindungi keluarganya dan negara daripada musuh yang dilakonkan Emraan Hashmi. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10/30/duduk-sebaris-cristiano-ronaldo-tenggelamkan-salman-khan/

imanamsyar Publish time 31-10-2023 08:43 AM

lorrrrr...memangla..amende la buat comparison cenggitu..si ronaldo tu ceruk kampung flores, chili, papua pun kenal dia..si salman tu negara asia tenggara n sekitar bollywood je yang kenal..appadeyyyyyy....

lavendermiz Publish time 8-11-2023 03:27 PM

nampak tua sangat dah salman dalam gambar ni

bambimbom Publish time 9-11-2023 08:20 AM

Kalau dua2 ni depan mata... aku serbu CR dulu, dah la hensem.. muda pulak tu.. hahaha

JahLupa Publish time 9-11-2023 10:24 PM

Ntah2 CR tu kenal pun idak salman tu.

Kentot_Wangi Publish time 12-11-2023 05:30 PM

Salman tu poyo je lebih. Perangai x semegah. Sbb tu rmai org nak bunuh dia kt sana.

Page88 Publish time 1-12-2023 11:02 PM

I am not a fan of Ronaldo. Good player & that's all.
Pages: [1]
View full version: Duduk sebaris, Cristiano Ronaldo ‘tenggelamkan’ Salman Khan


ADVERTISEMENT