mattzzx Publish time 30-10-2023 05:42 PM

Eksesais Maritim Perkasa Timur tingkat keupayaan APMM kawal perairan Sabah, Sarawak

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/eksaakn1_1698656711.jpg
HAJIJI (tengah) merakamkan gambar bersama Hamid (enam kiri) dan pegawai serta anggota APMM selepas merasmikan Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 di Kota Kinabalu. FOTO Mohd Adam Arinin

Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus mempertingkatkan keupayaan dalam menjaga keselamatan perairan negara khususnya di Sabah dan Sarawak, menerusi Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 di Laut China Selatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin berkata, eksesais bermula 28 Oktober sehingga 4 November ini membabitkan 652 pegawai dan anggota APMM dengan kekuatan 14 kapal.

Katanya, eksesais membabitkan penekanan dalam latihan komunikasi, navigasi, mencari dan menyelamat, 'deck landing training', photex, penggeledahan, mencegah kebanjiran dan melawan api.

"Eksesais ini akan dapat mempertingkatkan keupayaan khusus pelaksanaan evolusi di laut untuk anggota kapal, pesawat dan pasukan mencari dan menyelamat agensi ini.

"Latihan berskala besar ini juga adalah untuk menguji kekuatan dan kemampuan APMM sekiranya berhadapan situasi sebenar ancaman jenayah di laut khususnya jenayah rentas sempadan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 Sabah dan Sarawak di Sabah Ports di sini hari ini.

Majlis pelancaran dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Turut hadir, Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda (M) Datuk Mohd Rosli Abdullah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, eksesais ini dilaksanakan dengan misi menyediakan pegawai dan anggota APMM supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi ancaman maritim.

"Kali ini kita fokus pada Laut China Selatan di pantai barat Sabah dan Sarawak. Perairan di Sabah dan Sarawak mempunyai banyak industri seperti petroleum, gas asli, perkapalan, perikanan dan pelancong.

"Jadi, ini sangat penting kita terus meningkatkan keupayaan dari aspek ilmu kelautan dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin sekali gus meningkatkan ekonomi negara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1025269/eksesais-maritim-perkasa-timur-tingkat-keupayaan-apmm-kawal-perairan-sabah
Pages: [1]
View full version: Eksesais Maritim Perkasa Timur tingkat keupayaan APMM kawal perairan Sabah, Sarawak


ADVERTISEMENT