tatod Publish time 29-10-2023 10:02 AM

Pelakon Siri 'Friends', Matthew Perry Meninggal Dunia

Pelakon, Matthew Perry ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah jakuzi pada Sabtu.


Matthew, 54, yang terkenal menerusi watak Chandler Bing menerusi siri popular Friends ditemukan di kediamannya yang terletak di Los Angeles.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/29/095955d4q5z5haqzhzqvtq.png



Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles bagaimanapun menyangkal dakwaan punca kematian Matthew disebabkan pengambilan dadah berlebihan.


Malah pihak penyiasat tidak menjumpai sebarang barang terlarang berhampiran tempat mendiang ditemukan tidak bernyawa.


Sebaliknya pihak polis percaya punca kematian Matthew disebabkan serangan jantung.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/29/100232kuzcchvdcgz2zwdh.png



Sebelum ini, Matthew dilaporkan berdepan masalah kesihatan serius sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital namun keadaannya kembali pulih selepas mendapatkan rawatan.


Untuk rekod Matthew telah memainkan watak sebagai Chandler Bing dalam sitkom popular 90-an itu selama 10 musim.


Selain Friends, Matthew juga membintangi banyak rancangan televisyen lain seperti Boys Will Be Boys, Growing Pains, Silver Spoons dan banyak lagi.




Sumber: mStar

Perawankota Publish time 29-10-2023 01:32 PM

Deepest condolences to his family

any42 Publish time 29-10-2023 05:27 PM

xfollow sitcom friends ni sbb dulu kecit sgt lg time citer ni tayang. ade jgk tgk ulangan kt asterok tp xleh layan xkena jiwa. salam takziah.

delia3003 Publish time 29-10-2023 05:49 PM

any42 replied at 29-10-2023 05:27 PM
xfollow sitcom friends ni sbb dulu kecit sgt lg time citer ni tayang. ade jgk tgk ulangan kt asterok ...

I pun sama, tengok ulangan kat astro je, sampai sekarang pun masih ada. Tapi I tak tengok semua seasons la, tengok pun lompat2 ikut suka. Yang I tau, watak Chandler ni paling digemari peminat Friends maybe sebab watak sempoi dan paling tak banyak songeh. Watak dia antara paling kelakar.

Nizleen86 Publish time 29-10-2023 08:06 PM

You will be missed Chandler Bing. Mmg masa reunion friends pun dah nampak dia paling tak sihat antara yg lain. Ckp pun dah tak clear. Teruknya effect drugs.

jiwakacau06 Publish time 29-10-2023 09:12 PM

rip chandler bing....
10season friend...nampak bza dari handsome ke berisi

A-Are Publish time 30-10-2023 07:44 AM

RIP chandler

jlo Publish time 30-10-2023 08:01 AM

rest well chandler ...tgk friends takan sama dah coz bing no more :(

KamikuP Publish time 30-10-2023 08:19 AM

Thank you Chandler Bing for entertaining us for 10 seasons. You will be missed <3 <3 <3 {:1_149:}

ainonymous Publish time 30-10-2023 08:41 AM

huaaaa sedihhh.. may u RIP, matt.

BoongaKertas Publish time 30-10-2023 08:42 AM

Nizleen86 replied at 29-10-2023 12:06 PM
You will be missed Chandler Bing. Mmg masa reunion friends pun dah nampak dia paling tak sihat antar ...

betul, mmg terkejut betul tgk heols time tu. sgguh mcm uzur. member2 lain semua aging gracefully jer. but heols, mcm extra sikit.

lavendermiz Publish time 30-10-2023 09:50 AM

mesti kawan-kawan Friends yang lain sedihkan sorang dalam group diorg dah pergi

cikatilia Publish time 30-10-2023 10:43 AM

any42: xfollow sitcom friends ni sbb dulu kecit sgt lg time citer ni tayang. ade jgk tgk ulangan kt asterok tp xleh layan xkena jiwa. salam takziah.
me too.. xpernah tgk langsung but my sisters siap ada collection dvd full set. kdg2 repeat2

Nizleen86 Publish time 30-10-2023 10:56 AM

BoongaKertas replied at 30-10-2023 08:42 AM
betul, mmg terkejut betul tgk heols time tu. sgguh mcm uzur. member2 lain semua aging gracefully j ...

Tu la padahal dia paling muda antara Joey & Ross. But he looked older. Nasib dia sempat buat reunion & keluarkan buku biography.

nhao Publish time 30-10-2023 04:59 PM

iols suka giler friends ni. masa reunion nampak dia tak sihat dh. watching friends wont be the same dh.

borrow Publish time 30-10-2023 08:13 PM

Edited by borrow at 31-10-2023 08:20 PM

Takziah. rasanya adalah layan bbrp eps kat astro. Sbb klik2 tatau apa nk tgk. Satu scene kekal di ingatan , courtney cox pakai turkey.


JahLupa Publish time 30-10-2023 11:36 PM

Dia penah ada sejarah mendadih ke

beatgirlX Publish time 31-10-2023 10:22 PM

Membesar dgn citer friends.. Antara sitcom yg mendunia masa tu...

Page88 Publish time 1-12-2023 11:10 PM

Rest In Peace.
Pages: [1]
View full version: Pelakon Siri 'Friends', Matthew Perry Meninggal Dunia


ADVERTISEMENT