mattzzx Publish time 28-10-2023 05:02 PM

Pantau perangai anak buah elok-elok - Razarudin

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pedanagga1_1698381519.jpg
RAZARUDIN ketika memeriksa perbarisan pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran KDNKA di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

Kuala Lumpur: Semua ketua jabatan, pegawai pemerintah dan penyelia diingatkan supaya sentiasa cakna serta lebih agresif dalam memantau tindak tanduk 'anak buah'.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menekankan perkara itu semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, tadi.

Menurutnya tindakan tegas tanpa kompromi perlu dilaksanakan tanpa prejudis kepada mana-mana anggota atau pegawai polis yang melanggar peraturan.

"Perkara ini jelas di bawah peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

"Justeru, saya mahu semua pegawai pemerintah memulakan pendekatan yang lebih agresif dalam memperkasakan peraturan ini secara menyeluruh ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata, setiap pegawai pemerintah perlu menyampaikan arahan jelas pada setiap sesi roll call, perjumpaan dan mesyuarat di setiap peringkat bagi memastikan keberkesanan arahan secara berterusan.

"Ia perlu dilakukan sehingga ia dapat diadaptasi serta dihayati seterusnya dibudayakan oleh semua lapisan warga PDRM.

"Ini kerana, masyarakat pada masa kini meletakkan satu standard yang tinggi dengan menuntut perkhidmatan kepolisan yang berkualiti," katanya.

Dalam perkembangan lain, PDRM juga akan melancarkan tabung Kecemasan Solidariti Palestin di Masjid Bukit Aman bersama badan bukan kerajaan (NGO) MyFundAction dalam Majlis Perasmian Penutup Karnival Jubli Perak 25 Tahun.

Katanya, tabung berkenaan dilancarkan sebagai tanda sokongan PDRM bersama kerajaan bagi menghentikan serangan rejim Zionis terhadap Palestin.

"Simpati dengan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di sana, saya akan lancarkan tabung kecemasan ini.

"Adalah diharapkan agar usaha murni ini akan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban saudara kita di sana," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1024149/pantau-perangai-anak-buah-elok-elok-razarudin
Pages: [1]
View full version: Pantau perangai anak buah elok-elok - Razarudin


ADVERTISEMENT